Pembelian Barangan Elektrik Rebat sehingga RM400

Kuala Lumpur – 15 December 2023, 12.00 – MENTERI Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata, Kerajaan memperuntukkan RM50 juta di bawah Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) bagi membiayai program rebat pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga.

Ini merupakan satu inisiatif dari kerajaan untuk pengguna yang membeli dua produk elektrik berlabel empat atau lima bintang yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) bermula hari ini, akan menerima rebat sehingga RM400.

Walau bagaimanapun, rebat hanya terhad untuk satu akaun bill elektrik sahaja bagi setiap pembelian penyaman udara serta peti sejuk dan berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat. Tawaran menerusi Program Sustainability Achieved via Energu Efficiency (SAVE 4.0) ini dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia). 

Pelaksanaan Program SAVE 4.0 diwujudkan bagi mempraktikkan amalan cekap tenaga supaya lebih ramai pengguna elektrik menyumbang kepada penjimatan penggunaan tenaga dan bil elektrik,” kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, kata Nik Nazmi.

Program ini akan dibiayai oleh Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dengan peruntukan RM50 juta. E-REBAT untuk pembelian peralatan elektrik Cekap Tenaga bermula 10 Disember 2023.

E-Rebat boleh didapati melalui kaedah membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal dikedai-kedai elektrik atau pasaraya yang berdaftar di bawah program Save 4.0 atau memohon E-Rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform E-dagang yang diiktiraf.

Pemilik akaun elektrik tarif domestik yang berdaftar dengan syarikat-syarikat utuliti ( TNB, SESB, SEB dan NUR power ) berwarganegara Malaysia layak memohon.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Penyewa Merosakkan Rumah Yang Disewa. Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Tuan Rumah.