
Kuala Lumpur, 14 December 2023, 16:11 – MENURUT Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) Universiti Sains Malaysia, Datuk Musa Ali, terdapat satu jurang pendapatan yang jauh di antara kumpulan sokongan, pertengahan dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
Jurang pendapatan kakitangan awam menyaksikan perbezaan ketara dan seharusnya diberikan tumpuan serius. Sebagai contoh, pekerja awam yang bekerja di bandar dan yang mempunyai keluarga besar.
Musa berkata, perbezaan itu merupakan realiti yang berlaku di mana-mana sahaja dan jurangnya pula terlalu luas. Bayangkan seorang penjawat awam yang isterinya tidak bekerja, ini merupakan beban kepada penjawat awam iaitu suami kepada suri rumah tersebut.
Jurang yang besar yang dimaksudkan itu boleh dikecilkan dengan memberi tumpuan untuk ditambah pendapatan kumpulan penjawat awam yang berpendapatan rendah. Beliau yang terlibat dalam kajian pelarasan gaji penjawat awam sekitar tahun 1970 sehingga 2012 memaklumkan, terdapat inisiatif untuk menaikkan gaji penjawat awam pada 2007 pada kadar 35 peratus, sekali gus merekodkan kenaikan tertinggi ketika itu.
Pada December 2016, Ahli Parlimen Pandan Saudara Rafizi Ramli, pernah membuat gesaan yang sama mengenai tangga gaji penjawat awam ini. Menurut beliau, tumpuan harus diberi kepada isu-isu bersabit kebajikan dan pembelaan kepada kumpulan perkhidmatan awam yang selama ini mungkin tidak diketengahkan.
Ada banyak penambahbaikan yang perlu dibuat untuk menaiktaraf mutu dan keberkesanan perkhidmatan awam. Selama ini tumpuan hanya diberikan kepada persoalan prestasi perkhidmatan awam tanpa memberi perhatian yang sewajarnya kepada isu kebajikan mereka.
Oleh itu, perkara pertama yang perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia ialah perbezaan ketara di antara kenaikan gaji penjawat awam pangkat tertinggi dengan jutaan kakitangan awam yang lain. Ahli Parlimen Pandan itu juga berpendapat, kakitangan awam yang mempunyai keluarga besar terbeban dengan gaji yang sedia rendah sedangkan pembaziran berlaku berleluasa.
Tanggungjawab memastikan perbelanjaan kerajaan tidak diselewengkan oleh menteri dan ahli politik ialah tanggungjawab penjawat awam yang lebih berpangkat tertinggi. Rakyat perlu menghantar isyarat bahawa imbuhan gaji yang tinggi tidak berpadanan dengan tindakan mereka tidak bersuara dalam keadaan pembaziran dan penyelewengan wang rakyat berleluasa.
#PrezCom
Kerajaan Jamin Pencen Pesara Tidak Berkurangan – Perdana Menteri Anwar Ibrahim