Rafizi Mahu Rakyat Hidup Lebih Bermaruah

Kuala Lumpur, 14 December 2023, 10.00 malam – MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kedudukan fiskal negara seperti keberhutangan, perbelanjaan pembangunan dan seumpamanya kini dalam keadaan kukuh serta mampu melalui sebarang kejutan ekonomi di luar kawalan. Keinginannya untuk melihat rakyat Malaysia hidup lebih baik dan sempurna tanpa ada sebarang kesusahan akan tercapai dengan kewujudan berbagai inisiatif dari kerajaan.

Rafizi berikrar untuk membina ‘lantai dan tangga’ kesejahteraan supaya setiap rakyat berupaya menjalani kehidupan yang bermaruah

melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), usaha membasmi kemiskinan melalui penjanaan pendapatan, penyasaran semula subsidi dan sebagainya.

Beliau menjelaskan, ia merupakan hasil beberapa kerangka utama reformasi ekonomi yang dijalankan seperti penghasilan maklumat sosio ekonomi yang tepat.

“Dasar-dasar seperti sektor ekonomi bernilai tinggi dari peralihan tenaga, digital dan teknologi, pertanian moden, dasar gaji progresif, GovTech dan reformasi pasaran kerja adalah komponen tangga yang dipasang satu persatu.

Semua yang diwujudkan adalah bertujuan untuk membina satu persekitaran ekonomi yang menawarkan peluang baharu kepada anak dan syarikat Malaysia yang ingin maju.

Apa yang beliau maksudkan komponen tangga yang dipasang satu persatu adalah pertanian morden, dasar gaji progresif, Gov Tech dan teknologi , reformasi pasaran kerja , sektor ekonomi bernilai tinggi dan peralihan tenaga merupakan dasar-dasar yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan untuk rakyat.

Rancangan ekonomi makro pula adalah untuk memastikan dua perkara utama iaitu mereka tidak berkeupayaan diberikan perlindungan dan bantuan, sementara mereka yang berdaya perlu diupayakan agar mereka dapat bersaing mencipta nilai,” ujarnya.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Perkerjaan Kini Tidak Bergantung Pada Ijazah Dan Tidak Bergantung Pada Akedemik Juga.