Gambar Hiasan. Kredit Gambar UniKL
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2023, 5.41 petang – Ketika Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa (IPEF) 2023 pada Khamis,12 Oktober, Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata, Majikan dizaman sekarang lebih melihat dan menilai kualiti seperti berdikari, inisiatif, dan personaliti yang menyeluruh dalam diri calon yang ditemuduga. Perlu ada kebolehan dan tidak bergantung kepada kecemerlangan akedemik untuk mendapat perkerjaan.
Pada zaman ini, kelayakkan akedemik tidak lagi menjamin kriteria seperti yang diinginkan oleh calon yang mencari pekerjaan atau majikan yang mencari calon untuk mengisi kekosongan di dalam syarikat mereka. Buktinya semasa ditemuduga oleh calon majikan, mereka lebih menekankan kepada pengalaman kerja atau apa kejayaan luar biasa yang pernah kita lakukan di syarikat sebelum itu dan ada yang bertanya mengapa tidak lagi berkerja di syarikat lama ? Mungkin ada masalah tertentu?
Untuk mendapat pekerjaan dihari ini, memang amat mencabar kerana sekarang terdapat 200,000 pemegang ijazah yang tidak ada pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan akedemik mereka. Bagaimanapun ini bukan bermakna majikan tidak melihat ijazah berkenaan, namun ia lebih bergantung kepada kemahuan pemegang ijazah itu sendiri untuk bekerja di jawatan yang mungkin dikira lebih rendah daripada yang sepatutnya.
Banyak pihak yang menggesa supaya kerajaan agar tidak hanya melihat kepada peratusan pengangguran, tetapi menumpukan kepada siapa yang masih belum mendapat pekerjaan. kebimbangan itu dilahirkan berikutan separuh daripada 400,000 orang yang menganggur adalah siswazah lepasan diploma dan ijazah.
#PrezCom