Status Rohingya Di negara Ini Adalah Pelarian

Kuala Lumpur, 13 December 2023, 9.00 malam – MASIH menjadi tanda tanya sehingga kini, bagaimana orang-orang Rohingya mendapat tempat berniaga dan menjadi kaya dengan hanya beberapa tahun berada di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, malah, bersikap besar kepala kerana tidak mahu orang Malaysia mengganggu mereka.

Seorang Aktivis Masyarakat Mohd Sophian Mohd Zain berkata, Inilah sikap sebenar mereka, ethnik marah kerana
Mohd Sophian hadir ke premis-premis perniagaan dimiliki etnik berkenaan dianggap mengganggu urusan mereka di negara ini.

Menurut Mohd Sophian, apa yang diperkatakan individu tersebut jelas sekali menggambarkan sikap sebenar warga Rohingya di negara ini yang disifatkan semakin biadab dan besar kepala. Mereka lupa bahawa
status Rohingya di negara ini adalah pelarian dan apa yang diperkatakan semuanya itu tidak dibenarkan pun.

Mereka adalah pelarian kemanusiaan bukan warga asing yang masuk secara sah di negara ini. Mereka disifatkan bila diberi betis nak paha,” katanya kepada Sinar Harian. Kata Mohd Sophian, bagaimana mereka mendapat kebebasan melakukan apa saja?

Mereka ini bebas berniaga, bekerja, malahan ada yang bebas bercucuk tanam, mereka kuasai ekonomi secara perlahan dan masa sama mematikan peluang warga tempatan, dia nak cakap soal hak.

Apa yang saya lakukan adalah beri kesedaran kepada rakyat, tentang hak kita sebagai rakyat sebenarnya yang dikikis sedikit demi sedikit oleh mereka ini,” katanya. Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Rohingya ini adalah sifat lupa diri kerana sudah terlalu lama di negara ini.

Jadilah warga yang bertanggungjawab, kita kena ingat, di Malaysia setakat ini sahaja sudah terdapat lebih ratusan ribu, adakah kita ini zalim, tidak sama sekali, tapi apa yang kita bimbangkan adalah sekiranya isu ini tidak kita bongkar, apa kesan kepada generasi seterusnya kelak,” katanya.

PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Rohingya: Hak Kemanusiaan Atau Kedaulatan?