Kuala Lumpur, 24 September 2023, 1.46 petang – PELARIAN Rohingya, seolah-olah telah menjadi sebahagian kecil dari penduduk Malaysia pada masa kini. Setiap tahun kehadiran mereka semakin membimbangkan rakyat tempatan disebabkan ada diantara mereka yang dilihat tidak menghormati penduduk tempatan dan ada juga dikalangan mereka yang terlibat jenayah dengan menganggotai kumpulan samseng serta mempunyai kumpulan tertentu untuk melindungi kaum mereka dengan syarat ada bayaran tertentu yang dikenakan. Segelintir masyarakat beranggapan kehadiran mereka sebagai kurang menyenangkan dan menyifatkannya sebagai ancaman terutama kepada aspek sosial. Namun tidak semua rakyat Malaysia yang menganggap mereka merbahaya kerana sejumlah besar pendatang dari kaum ini hadir ke negara Malaysia semata-mata untuk berkerja bagi menyara keluarga demi untuk meneruskan kehidupan.

Migrasi kaum Rohingya secara besar-besaran yang berlaku selepas kemerdekaan Myanmar (Burma) dapat dikaitkan dengan faktor sejarah dan politiknya yang kompleks. Arus migrasi yang berterusan telah membawa Rohingya ke Malaysia sejak akhir tahun 1980-an. Kajian ini tertumpu kepada pengalaman kehidupan harian golongan Rohingya yang menetap di Malaysia. Hasil kajian mendapati kehidupan golongan Rohingya adalah satu bentuk perjuangan hidup walaupun persekitaran sosial yang dialami ini penuh dengan unsur-unsur ketidakpastian. Pengalaman kehidupan harian yang dilalui oleh golongan ini akan dibincangkan mengikut aspek-aspek berikut: ekonomi, kesihatan, pendidikan, dokumen dan keselamatan. Hasil kajian juga mendapati bahawa status sosial golongan Rohingya yang masih ‘kabur’ di Malaysia telah mendatangkan kesan yang mendalam terhadap setiap aspek kehidupan harian mereka.

Segelintir masyarakat beranggapan kehadiran mereka sebagai kurang menyenangkan dan menyifatkannya sebagai ancaman terutama kepada aspek sosial. Isu pelarian etnik Rohingya yang dianggarkan berjumlah lebih 100,000 orang sering menjadi tumpuan rakyat di negara ini berbanding pelarian dan pemohon suaka dari negara lain. Limpahan pelarian Rohingya ke negara ini telah mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang bimbang ia akan menjurus ke arah permasalahan sosial, isu keselamatan negara serta ekonomi dan ada yang bersimpati atas dasar kemanusiaan serta seagama. Apabila ditanya secara umum kepada penduduk tempatan, ada yang setuju kaum ini diberi perlindungan selama-lamanya dan ada yang membantah kerana sudah terlalu ramai pendatang asing di negara ini yang datang untuk mencari perkerjaan dan kebanjiran mereka ke negara ini memberikan satu pandangan yang kurang menyenangkan dari segi penampilan dan cara hidup mereka yang tidak terurus.

Minggu lalu tular berita berhubung poster yang telah dimuat naik Jabatan Imigresen Malaysia bertajuk ‘migran etnik Rohingya kedatangan anda tidak diundang’. Berbagai kritikan dan kecaman dilemparkan oleh orang ramai baik dari negara kita sendiri dan dari luar serta kecaman dari Pertubuhan Hak Asasi Manusia. Ekoran dari poster yang dimuat naik itu, mereka menyifatkan prinsip kerajaan Malaysia tidak berperikemanusiaan dan layanan ‘pilih kasih’ jika dibandingkan dengan isu Palestin. Sebenarnya rakyat Malaysia adalah rakyat yang perihatin kepada semua golongan tidak kira siapa. Dalam keadaan bimbang dan takut kepada pendatang asing seperti masyarakat Rohingya ini tetapi masih juga ada sifat kemarahan apabila masyarakat itu dikecam.

Pemimpin-pemimpin Malaysia dan rakyat Malaysia terutama rakyat tempatan yang seagama dengan mereka, satu ketika dahulu pernah membuka seluas luasnya pintu negara untuk menyambut pelarian ini, tetapi dihari ini mengapa mereka dikecam ? Adakah alu-aluan hanya ingin meraih populariti dimata antarabangsa oleh pemimpin Malaysia dahulu? Apabila ramai yang memasuki negara ia sudah dianggap sebagai beban?. Jadi apakah solusi untuk pekara ini? Kita menerima mereka masuk, lalu membiarkan mereka ke sana ke mari dengan bebasnya tanpa ada perancangan masa hadapan yang holistik berkaitan implikasi perundangan, pekerjaan, kesihatan dan pendidikan.

#Prezcom