
Sultan Ibrahim Memerangi RasuahKuala Lumpur, 12 Disember 2023, 10:28 – SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah, kerajaan yang stabil haruslah konsisten dengan dasar mampan yang diperlukan untuk memperbaiki ekonomi negara.
Sultan Ibrahim yang akan memikul tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, mahu memberi tumpuan kepada penghentian amalan rasuah yang dilihat tiada penghujungnya sehingga kini.
Dalam wawancara bersama The Straits Times Singapura baginda bertitah, baginda mewarisi daripada keluarga pemburu yang hebat. Baginda akan pastikan apabila pergi memburu, akan membawa balik hasil yang bagus.

Apabila berada di Kuala Lumpur nanti, baginda berpendapat Kuala Lumpur bagaikan hutan yang konkrit. Tentu ada yang akan diburu.
Dalam temu bual ekslusif tersebut, baginda bertitah bahawa dirinya akan memburu semua orang yang korup dan akan memastikan ianya akan berhasil.
Baginda turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong, bukannya kepada Parlimen seperti sekarang. Ini bermakna SPRM tidak berada di bawah mana-mana pihak eksekutif yang berpengaruh.
Baginda juga berpendapat, Petronas juga tidak sepatutnya berada di bawah Parlimen. Perlu terus membuat laporan kepada YDPA iaitu terus kepada baginda.
Sultan Ibrahim turut bertitah, bagi memastikan badan kehakiman negara benar-benar bebas, pelantikan kehakiman mesti diasingkan daripada badan eksekutif.
Duli-duli Yang Maha Mulia hanya perlu mendapat senarai Hakim yang akan dipilih dan dilantik dari Pejabat Perdana Menteri semasa Majlis Raja-Raja bersidang.
Seterusnya, Hakim akan dilantik oleh raja-raja di atas nasihat Perdana Menteri selepas panel pelantikan mengesyorkan calon berkenaan.
Pada 27 Oktober lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dilaporkan berkata, baginda iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024.
Sementara itu, Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun mulai dari tarikh sama.
Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita:
Sultan Johor Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 Bermula 31 Januari 2024