Kuala Lumpur, 11 December 2023, 3.47 petang – PENGERUSI DAP Johor, Liew Chin Tong menyifatkan Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Johor ketika ini boleh dijadikan asas untuk kedua-dua gabungan bersama-sama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 nanti.
Menurut Chin Tong, Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi sentiasa memberi ruang untuk DAP dan PH untuk menyumbang idea dan pandangan walaupun tidak menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti persekutuan.
Selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada September lalu Pengukuhan kerjasama PH dan BN di negeri ini semakin terserlah.
Sebagai contoh dalam Belanjawan Johor, Onn Hafiz telah memberi peluang untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH menyumbang idea dan terus bekerjasama dan menyokong agenda kerajaan negeri terutama yang telah dirunding bersama PH.
Pada sidang akhbar selepas Konvensyen DAP Johor di sini, pada Ahad, Ching Tong berkata, ramai dalam kalangan pemimpin kedua-dua gabungan ini bersetuju PH dan BN untuk menghadapi PRN bersama paling lewat April 2027.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebarang jalinan kerjasama di peringkat negeri diserahkan kepada Chin Tong untuk membincangkannya dengan kepimpinan UMNO Johor.
Jalinan kerjasama ini lebih relevan dibincangkan oleh kepimpinan di peringkat negeri yang perlu melihat sama ada terdapatnya ruang untuk bekerja dalam satu pasukan apabila PRN nanti.
Secara peribadi beliau terbuka kepada apa-apa cadangan termasuk untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di negeri Johor, namun semua ini perlu dibincangkan di belakang tabir oleh Chin Tong katanya.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: