
BN-PH Sedia Tawan Lebih Dua Pertiga Kerusi DUN Selangor
Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari terdahulu sebelum ini telah mengumumkan pembahagian kerusi di antara BN dan PH selesai dengan 20 peratus daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diwakili oleh Barisan Nasional (BN), manakala selebihnya akan diwakili oleh calon Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah). Keputusan itu di buat selepas mengambil kira senario politik serta sentimen tempatan di Selangor. Aminudin Shari juga sebelum ini memberitahu bahawa beliau optimis gabungan itu akan mampu memenangi sekurang-kurangnya 33 kerusi daripada 56 kawasan dan membina kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Sementara itu hasil tinjauan yang dibuat oleh Endeavor-MGS pada 12-18 Jun lalu mendapati lebih dua pertiga pengundi Melayu di Selangor dikatakan berpuas hati dengan prestasi Pakatan Harapan di Selangor dan ini memungkinkan ramalan Aminudin Shari menjadi kenyataan.
Terdahulu sebelum ini Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin telah mengeluarkan kenyataan bahawa BN sah bertanding di lebih lima kerusi DUN dan hari ini, Setiausaha DAP Selangor, Ng Sze Han pula telah mengesahkan bahawa DAP akan mempertahankan kesemua 16 kerusi DUN yang dimenangi parti itu semasa PRU14 dan Ng Sze Han juga secara peribadi menyatakan hasratnya untuk bertanding mempertahankan kerusi di Kinrara yang diwakilinya selama dua (2) penggal sebelum ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, PH mendominasi Selangor dengan memenangi 51 kerusi di ikuti BN empat (4) kerusi dan PAS satu (1) kerusi. Parti Tindakan Demokratik (DAP) memenangi 16 kerusi DUN iaitu di Sri Kembangan, Kinrara, Sekinchan, Subang Jaya, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Bukit Gasing, Kota Kemuning, Banting, Sungai Pelek, Teratai, Dusun Tua, Balakong dan Kuala Kubu Baharu. Merujuk kajian yang dibuat oleh ISEAS – Yusof Ishak Institute (ISEAS) pula mendapati tidak akan berlaku pemindahan undi secara penuh di antara PH dan BN terutama dikalangan pengundi Melayu. Ini bermakna calon yang mengundi BN pada PRU-14 yang lepas tidak semestinya akan mengundi calon PH dan pengundi PH juga tidak semestinya mengundi calon BN pada PRN kali ini.
Sementara itu Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Wira Abdul Mutalif bin Abdul Rahim berkata beliau sangat yakin PH-BN akan dapat menguasai lebih dari dua pertiga kerusi DUN di Selangor berdasarkan momentum gerakkerja antara jentara pilihan raya PH dan BN, katanya sewaktu di temuramah di majlis ‘Pemukiman Jentera Pilihan Raya Perpaduan Selangor’ yang di adakan di SACC Shah Alam hari ini.
Arkib Berita: https://t.me/prezcom
#PrezCom