
Kuala Lumpur, 11 December 2023, 13:17 – MASIH lagi kedengaran mengenai kejadian buli di sekolah-sekolah. Kali ini berlaku di sebuah sekolah di Cheras, Kuala Lumpur. Susulan daripada kejadian itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung insiden seorang pelajar tingkatan dua melarikan diri daripada asrama sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur kerana mendakwa tidak tahan dibuli.
KPM kini sedang menjalankan siasatan dan menunggu laporan lengkap mengenai kejadian buli tersebut. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, kes buli tersebut berada dalam pemerhatian secara serius oleh KPM sebelum mengambil sebarang tindakan.
KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan pihak kementerian sedang menyiasat dakwaan buli membabitkan pelajar itu dan akan memastikan perkara tersebut diselesaikan segera. Sehubungan itu, semua sekolah perlu mangambil tindakan yang sama dengan melaporkan setiap kejadian buli kepada pihak kementerian.
Pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi 14, yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu, mendakwa melarikan diri daripada asrama kerana tidak tahan dibuli.
Walau bagaimanapun, Muhammad Danial sudah ditemui selamat oleh orang awam ketika berada di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak di sini pada malam tadi, dan mendakwa dibuli dengan teruk.
Disebabkan tidak tahan dibuli, Muhammad Danial nekad melarikan diri daripada sekolah pada jam 3 pagi, Khamis lalu. Menurut ibunya, ini kali kedua kejadian buli yang sangat teruk berlaku kepada anaknya, yang mesra dipanggil sebagai Enel. Tambahnya, dia tidak boleh berdiam diri lagi.
Ditanya mengenai penemuan Danial, Shuhada berkata, anaknya itu ditemukan dalam keadaan sangat lemah kerana tidak makan. Anaknya itu melarikan diri daripada asrama sekolah sehelai sepinggang dan tidak membawa dompetnya bersama.
Ibunya berkata lagi, beliau akan melawan perkara ini dengan mengambil tindakan yang tegas supaya keadilan dapat ditegakkan. Namun, beliau sekeluarga amat bersyukur kerana Daniel ditemui dalam keadaan selamat.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: