Kuala Lumpur, 9 November 2023, 7.56 malam – SAMA ada sekolah berprestasi tinggi atau tidak atau sekolah yang terkenal jika berlaku kejadian buli perlu diberitahu kepada pihak sekolah atau pihak berkuasa dan jika keadaannya membimbangkan, perkara itu perlu dibawa kepada kementerian untuk siasatan dan tindakan . Laporan berlakunya kejadian buli melibatkan pelajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mendapat perhatian meluas daripada masyarakat.

Maktab Melayu Kuala Kangsar ( MCKK) sebuah sekolah yang berprestij. Melahirkan ramai tokoh-tokoh ternama di dalam negara. Baru-baru Malaysia digemparkan dengan kes buli namum ianya masih di dalam siasatan pihak polis dan apabila kejadian buli itu ditularkan dalam media sosial oleh ahli ke­luarga mangsa, ini menimbulkan rasa kurang senang Persa­tuan Ibu Bapa sekolah tersebut.

Tular di laman Instagram pada Jumaat yang memaparkan seorang pelajar sekolah dimasukkan ke hospital dipercayai dibuli senior. Dalam kejadian itu, tiga pelajar lelaki tingkatan empat dikatakan telah dipukul empat pelajar tingkatan lima dan mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut. Turut tular sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku-pelaku yang diminta berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah.

Sementara itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK menyelar tindakan ahli keluarga pelajar yang menularkan kejadian buli itu dan dianggap memberi imej buruk kepada sekolah berprestij itu. Namun rata-rata pendapat umum mengatakan bahawa dalam isu membuli sepatutnya tiada tolak ansur dan dipandang ringan oleh pihak sekolah mahu pun kementerian kerana jika dibiarkan perkara tersebut akan terus berlaku dan ini boleh mendatangkan kecederaan yang serius atau kematian.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kertas siasatan yang sudah dilengkapkan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini. Pihak Polis juga sedang menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

#PrezCom