Autisme Perlu Dihantar Ke Sekolah Khas

Kuala Lumpur, 11 December 2023, 9.00 pagi – FAKTOR terjadinya autisme belum diketahui secara pasti. Akan tetapi, ada beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko seseorang mendapat autisme yaitu:

1. Memiliki kelainan genetik atau kromosom tertentu, seperti sindrom fragile X dan tuberous sclerosis

2. Memiliki keluarga dengan riwayat autisme

3. Terlahir secara premature (tidak cukup bulan)

4. Terlahir dari kedua orang tua yang berusia lebih dari 40 tahun

5. Lerlahir dari ibu yang mengambil minuman beralkohol atau ubat-ubatan tertentu, terutama ubat epilepsi, selama masa kehamilan

Perlu diketahui, pemberian vaksin campak, termasuk vaksin MR dan MMR, tidak menyebabkan autisme pada anak. Pemberian vaksin tersebut dapat membantu anak terhindar dari infeksi, seperti campak, gondongan, atau rubella.

Penyebab utama autisme sering kali dibincangkan pengkaji ialah genetik. Kita dikatakan masih lagi kurang memahami secara keseluruhan berkenaan genetik dan tiada rawatan untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

Selain itu, terdapat juga teori yang menyatakan bahawa autisme ini berlaku apabila ibu yang mengandung terjebak kepada pencemaran udara atau tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum arak atau penyalahgunaan dadah.

Ini sudah tentu akan menjejaskan kesihatan janin dalam kandungan dan kemungkinan besar boleh menjadi punca masalah autisme atau masalah serius yang lain.

Seterusnya pakar psikiatri akan melakukan ujian khas dan yang lebih khusus sebelum diagnosis autisme diberikan. Oleh itu, amat disarankan jika anak anda disyaki menghidap autisme, segera dibawa berjumpa doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilaksanakan.

 

kredit kepada FOTO TWITER Khairykj

Rawatan autisme

Rawatan autisme merangkumi pelbagai aspek kerana masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan ubat-ubatan semata-mata selain perlu diteliti dari pelbagai aspek.

Paling utama adalah rawatan dari segi pendidikan. Ini kerana autisme akan membawa masalah kepada pembelajaran.

Mereka haruslah dihantar ke sekolah khas kerana di sekolah khas ini terdapat guru yang mahir dalam cara atau teknik untuk mengajar murid yang mempunyai masalah seperti autisme.

Bakat kanak-kanak ini akan diteroka dengan teknik pembelajaran yang betul. Malah turut ditambah baik dari segi sosial supaya anak-anak autisme boleh berinteraksi dengan orang lain dan kualiti hidup mereka akan diperbaiki.

Rawatan seterusnya adalah dengan menggunakan ubat-ubatan. Hal ini kerana kanak-kanak autisme mempunyai kemungkinan besar untuk menjadi agresif pada bila-bila masa.

Jika berlarutan, ia akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan kanak itu sendiri. Oleh itu, mereka akan diberikan ubat untuk menenangkan emosi supaya tidak melakukan sebarang tingkah laku yang menjejaskan kesihatan mereka dan orang sekeliling.

Berikut sebahagian tanda-tanda awal penyakit autisme yang harus ibu bapa ketahui:

1. Lambat bercakap
2. Mengelak bertentang mata ketika berbual dan gemar berseorangan
3. Suka mengulang sesuatu perkataan atau ayat
4. Memberi jawapan berbeza daripada soalan yang diajukan
5. Tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil pada umur 12 bulan
6. Tidak menunjuk minat (dengan menunjuk terhadap sesuatu objek itu) pada umur 14 bulan
7. Tidak minat bermain olok-olok pada umur 18 bulan
8. Sukar untuk memahami perasaan orang lain atau meluahkan perasaan sendiri
9. Perubahan terhadap persekitaran akan menyebabkan mereka cepat marah
10. Taksub terhadap sesuatu perkara
11. Menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya terhadap satu rangsangan
12. Sering melakukan perbuatan berulang yakni seakan-akan mengepak tangan, menggoncang badan atau berpusing dalam bulatan
13. Tiada isyarat badan
14. Bercakap dalam tona yang rata, seperti robot atau menyanyi
15. Tidak memahami gurauan atau sindiran
16. Minat dan kelakuan yang aneh
17. Sering mengamuk
18. Tabiat makan dan tidur yang aneh
19. Terlebih aktif (Hyperactivity)
20. Panas baran
21. Bertindak melulu
22. Sukar untuk fokus
23. Cenderung untuk mencederakan diri sendiri
24. Mood yang tidak normal dan sering kali tidak stabil
25. Terlalu takut atau tidak mempunyai perasaan takut
26. Reaksi yang keterlaluan atau tidak sesuai

Berhubung setiap anak memiliki karaktor yang berbeza. Saat mendidik anak autisme, ibu bapa harus fokus pada kelebihan dan bagaimana solusi mengatasi masalah yang dimilikinya. Gunakan juga cara berfikir yang kreatif agar anak dapat memahami tiap ajaran yang anda berikan.

Anda juga harus patut bersyukur dan menjadi ibu bapa yang berbahagia dengan kondisi yang anak miliki. Ingat bahwa anak yang bahagia terbentuk dari ibu bapa yang bahagia. Jadikan diri anda contoh yang positif.

Masalah yang dihadapi tidak menjadikan semua hal buruk, selalu ada pembelajaran disebalik anak memiliki potensi yang luar biasa, biarkan ia belajar menghadapinya. Anak autisme seperti anak lain tujuannya adalah mampu berguna untuk dirinya sendiri dan masyarakat.

Berilah kesempatan untuk anak belajar mandiri dengan diajarkan secara bertahap dan penuh kesabaran dari ibu bapa. Menyerah adalah hal yang harus dihindari saat mendidik anak dengan autisme. Jangan pernah menyerah dengan kondisi anak.

Anak yang normal pastinya memiliki kelebihan dan kekurangan. Begitu juga dengan anak autisme, bila ada kekurangan, pasti ada kelebihan yang luar biasa. Anak autisme memang berbeza, tapi bukan berarti ia tidak dapat melakukan apa-apa.

#PrezCom

baca Lebih Banyak Berita:

Menu Rahmah Penyebab Kanser dan Autisme