Dr.Halimah Ali yang juga Ahli Parlimen Kapar membuat kenyataan yang bersifat kontroversi, mengelirukan dan seolah-olah menghina. Adakah ini sikap seorang pemimpin PAS? Atau adakah ini sikap professional seorang doktor perubatan? atau adakah ini sikap seorang Ahli Parlimen? kerana terbaru Dr Halimah Ali mengeluarkan kenyataan mengelirukan, katanya:
“Saya tidak ada masalah dengan istilah Rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya,”
Kenyataan Halimah Ali dikeluarkan kerana mempersoalkan inisiatif yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 31/1/2023 lalu bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan makanan lengkap pada harga maksimum RM5. Inisiatif menu Rahmah ini bagi membantu golongan sasaran menikmati makanan tengahari dan malam di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara.
Persoalan
1. Kenapa menu ‘Rahmah’ dikaitkan dengan ‘Low Quality’? Adakah apabila harga sesuatu produk dipasaran dijual atau dikeluarkan dengan harga mampumilik jadi produk atau perkhdmatan seperti ini dikatakan ‘Low Quality’? Tidakkah Halimah Ali pernah mendengar tentang kosep ‘Grassroot Innnovation’ ataupun ‘Inisiatif High Impact 6 (HIP6) yang menyentuh tentang inovasi produk dan perkhidmatan yang dihasilkan untuk golongan yang terpinggir dari menafaat ekonomi (dalam kes menu Rahmah adalah golongan B40) dengan ciptaan produk/perkhidmatan yang sama impak menafaatnya tanpa berkompromi terhadap kualiti? Jadi mengaitkan ‘Rahmah’ dengan ‘Low Quality’ adalah tidak benar sama sekali.
2. Apakah signifikasi Halimah Ali mengaitkan menu ‘Rahmah’ dengan ‘Autisme’ dan ‘Kanser’. Adakah Halimah Ali cuba memainkan dan memalitkan persepsi buruk kepada pihak kerajaan dan dalam masa yang sama cuba menakut-nakutkan rakyat supaya inisiatif kerajaan membantu rakyat dengan agenda menu Rahmah ini gagal? Konsep ‘food security dan health security’ apakah yang dimaksudkan?
3. Apakah signifikasi Halimah Ali mengaitkan menu ‘Rahmah’ dan golongan ‘Autism’? Adakah makanan penyebab Autism? dan sekiranya benar makanan apakah yang kalau dimakan boleh mengakibatkan autisme?. Pertama sekali Halimah Ali tidak boleh mengatikan menu ‘Rahmah’ dengan ‘Low Quality’. Kedua Dr. Halimah Ali tidak boleh mengatikan makanan sebagai penyebab Autisme. Mungkin Dr Halimah Ali perlu mendalami ilmu kedoktorannya semula terutama terhadap Autisme dan boleh juga mendekatkan diri dengan Autism Malaysia (www.autismmalaysia.com) untuk mengenali golongan Autism dengan lebih dekat lagi sebelum mengeluarkan kenyataan.
Apa yang sepatutnya dibuat oleh Halimah Ali sekarang adalah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kenyataan semasa membahaskan titah dirja telah mengelirukan ramai orang.
Nota: Inisiatif menu Rahmah juga mendapat kerjasama industri makanan seperti Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#TekadBantuRakyat
#MenuRahmah
#MalaysiaMadani
#Prezcom