Kuala Lumpur, 9 December 2023, 6.00 petang – SEGELINTIR kaum wanita mungkin beranggapan bahawa kaum lelaki hanya memandang rupa paras yang cantik atau penampilan seorang wanita untuk dijadikan pasangan. Tetapi sebenarnya lelaki tidak semestinya tertarik sebab wanita itu cantik.
Ada benarnya juga tetapi ciri fizikal tertentu bukan satu-satunya perkara yang diperhatikan oleh kaum lelaki. Percaya atau tidak, seorang lelaki juga memerhatikan pelbagai perkara yang ada pada diri seorang wanita selain fizikal dan rupa paras.
Berikut adalah enam perkara yang turut diperhatikan oleh kaum lelaki terhadap wanita yang disukainya:
1. Keperibadian
Secantik-cantik seorang wanita tidak akan menarik perhatian lelaki jika keperibadiannya tidak menarik dan mempunyai personaliti membosankan.
Meskipun seorang lelaki memerlukan masa untuk sedar perbezaan keperibadian yang baik dan buruk, pada akhirnya akan menyedarinya. Dan itu juga membuatkan keinginan seorang lelaki untuk berpasangan terbantut.
2. Harga diri
Lelaki yang kaya dan cenderung memiliki sifat yang angkuh mungkin melihat wanita sebagai objek. Tetapi ketika seorang perempuan memiliki harga diri maka mereka tidak akan mudah dipergunakan oleh seorang lelaki.
Biasanya sifat begini yang membuatkan seorang lelaki lebih mudah jatuh hati kerana dia bukan sahaja melihat perempuan tersebut sebagai berharga tetapi sifat keyakinan diri dan berpegang kepada prinsip akan membuatkan mereka kagum.
3. Selera fesyen
Selera berpakaian juga sering menjadi perhatian dan penilaian seorang lelaki terhadap wanita. Bagi sesetengah lelaki, cara berpakaian boleh menjadi faktor utama tarikan terhadap pasangan lawannya.
4. Senyuman dan ketawa
Senyuman dan ketawa seorang wanita sangat disukai oleh lelaki kerana mereka kelihatan menarik ketika berada dalam keadaan gembira berbanding murung, marah atau cemburu.
5. Aroma
Kebanyakan lelaki tergila-gilakan pada wanita yang memiliki aroma yang wangi. Jika wanita memakai pewangi, lelaki mungkin akan mengingati bau tersebut.
Ia adalah petanda bagus kerana aroma khas seorang wanita cenderung menjadi deria pertama seseorang lelaki setiap kali bertemu.
Lelaki atau wanita jangan terlalu memilih dan memandang rupa paras sahaja. Cinta dan kasih sayang di dalam hidup berpasangan perlu merangkumi semua perkara termasuk rasa tanggungjawab dan perhatian.
Cantik hanya penyedap mata. Tetapi keperibadian yang tinggi dan kasih sayang paling penting di dalam rumahtangga yang dibina.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita :
Ketagihan Aktivti, Permainan Dalam Talian & Sosial Media Membawa Mudarat.