Kuala Lumpur, 8 December 2023, 7.30 malam –  SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam individu termasuk dua wanita kerana disyaki terlibat dengan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu.

Suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30-an hingga 50-an. Mereka telah mengenakan bayaran sejumlah RM2 juta kepada calon-calon yang berminat untuk menggunakan gelaran’ Tan Sri’.

Kegiatan ini dipercayai telah beroperasi sejak 3 tahun yang lalu. Menurut sumber lagi, bayaran yang dikenakan berbeza mengikut darjah kebesaran misalnya gelaran Datuk bernilai kira-kira RM150,000; Datuk Seri (RM250,000) manakala Tan Sri bernilai kira-kira RM2 juta.

Kesemua suspek ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Suspek yang dipercayai dalang kepada sindiket ini merupakan seorang yang bergelar ‘Datuk’ yang juga Presiden kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan menjadi penetap harga bagi calon yang berminat.

Individu bergelar Datuk ini telah mengarahkan supaya suspek ke dua untuk menyamar sebagai seorang yang bergelar ‘ Tengku’ bagi mendapatkan bayaran bagi menipu kira-kira enam individu lain yang ingin mendapatkan pingat kebesaran tanpa melalui prosedur biasa.

Turut terlibat adalah isteri suspek ke dua yang menyamar sebagai ahli perniagaan sebuah syarikat berasaskan pertanian bagi menguruskan transaksi penerimaan wang tersebut.

Cara sindiket ini beroperasi adalah dengan menyakinkan mangsa bahawa gelaran dan pingat yang diatur melalui pintu belakang ini adalah benar-benar tulen. Mereka berjaya memperdaya beberapa mangsa membabitkan kerugian beratus ribu ringgit dengan menunjukkan gambar dan surat dokumen daripada sebuah agensi kerajaan.

Salah seorang mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai membayar kira-kira RM1.2 juta untuk mendapatkan gelaran Tan Sri menerusi beberapa transaksi bank kepada sindiket ini dan SPRM sedang berusaha mengesan lima lagi invididu yang turut menjadi mangsa sindiket,” kata sumber itu lagi.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. Beliau berkata, SPRM kini sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. Beliau berkata, SPRM kini sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita :

SPRM Tahan 9 Aggota Penguatkuasa Disyaki Terima Rasuah di Kedah.