Kuala Lumpur, 8 December 2023, 3.35 petang – MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataannya berkata tindakan undang-undang akan diambil sekiranya didapati berkongsi kenyataan berunsur fitnah yang diterima daripada pihak lain. Peringatan itu dinyatakan berdasar keputusan mahkamah baru-baru ini yang menyatakan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan seperti saman.
Sebagai contoh, “Kalau kita forward kenyataan yang orang forward kepada kita, benda yang fitnah itu tidak benar, dan kita pula forward kepada orang, sebenarnya kita forward perkara yang berunsur fitnah juga. Beliau meminta netizen berhati-hati di dalam melayari media sosial terutamanya whatsapp.
Kenyataan ini disebut oleh beliau semasa program temu bual yang dikendalikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan turut sama di dalam program tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Di dalam program itu juga, Fahmi menyentuh mengenai pelaksanaan inisiatif MyDigital ID yang akan menjimatkan perbelanjaan dipelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Menurut beliau, Kementerian membelanjakan antara RM2 juta ke RM3 juta untuk modul Electronic Know-Your-Customer (eKYC).
Menurut Fahmi lagi, mengapa setiap Kementerian perlu membelanjakan jumlah yang begitu banyak sedangkan ianya hanya perlu menggunakan data yang sama? Guna yang sedia ada cuma perlu selaraskan agar lebih mampan, , menjimatkan dan lebih efisien dan produktif.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita:
Kuala Lumpur Sebagai Hub Syarikat Pemula dan Industri Digital Serantau