Kuala Lumpur, 29 Mei 2023 4.40pm. Salah satu fungsi utama Kementerian Ekonomi ialah menstrukturkan semula ekonomi negara dengan membangunkan industri-industri strategik bernilai tinggi yang berkemampuan merancakkan pelaburan dan menawarkan pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat. Kementerian Ekonomi juga bertanggungjawab membangunkan hala tuju sektor-sektor ini dengan menggembleng usaha-usaha kerajaan dan swasta untuk merangka dasar dan program yang memangkinkan penyertaan pihak swasta. Kementerian Ekonomi kini sedang bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain yang terlibat di dalam ekosistem ekonomi digital (iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Komunikasi dan Digital; dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) untuk merancakkan ekonomi digital negara.

Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli menjelaskan, usaha ini bermula dengan dua sasaran utama:

Rafizi Ramli didalam Kenyataan Media, Kementerian Ekonomi bertarikh 29 Mei 2023 juga menyatakan; ‘sewaktu beliau berada di Forum Ekonomi Qatar baru-bari ini, beliau telah berpeluang bertemu dan berbincang dengan Jack Selby dan menyatakan minat untuk menjalin perkongsian dengan beliau dalam bidang digital kerana usahanya membangunkan Arizona sebagai pusat syarikat pemula yang baru di luar Silicon Valley. Jack Selby adalah Pengarah Urusan Thiel Capital dan pencetus Arizona Technology Innovation Summit dan mempunyai rekod dan kepakaran khusus dalam membangunkan hub syarikat pemula. Jack Selby juga telah melahirkan minat untuk membantu Malaysia membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat syarikat pemula dan industri digital serantau. Kepakaran beliau akan membantu negara merangka dasar yang lebih mesra syarikat pemula dan mewujudkan jaringan kerjasama (collaboration networking) dalam bidang digital yang melonjakkan nama Kuala Lumpur sebagai destinasi utama industri digital di rantau ini’

Justeru, pihak kerajaan akan mengumumkan dasar dan inisiatif khusus secara berperingkat ke arah menzahirkan cita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai daya tarikan syarikat pemula serantau.

#PrezCom