Kuala Lumpur, 7 December 2023, 22:01 – KEPUTUSAN Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat seorang ahli MKT, Isham Jalil daripada parti itu serta-merta dianggap wajar dan tepat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, D_atuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, selain pemecatan Isham, tindakan UMNO membuat keputusan ini adalah untuk memberi pengajaran kepada ahli parti supaya sentiasa patuh pada parti tidak kira, sama ada seseorang itu memegang status pemimpin parti ataupun sekadar ahli biasa.

Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, tindakan itu bersesuaian dengan aspirasi meletakkan parti lebih tinggi daripada mana-mana individu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti di peringkat pusat dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menjalankan amanah disiplin parti dengan memecat Isham Jalil yang dikatakan mempunyai agenda tersendiri.

“Menurut Mohd Zaidi, ahli UMNO yang masih setia bersama parti, teruskan perjuangan dengan aspirasi parti keramat ini. Yakin dan percayalah pada perjuangan kita serta sama-sama melakukan yang terbaik supaya UMNO terus menjadi pilihan wadah perjuangan orang Melayu,” katanya.

Mohd Zaidi berpendapat, sekiranya ada pandangan dan mahu suarakan sesuatu perkara, gunalah saluran yang betul serta laksanakanlah dalam suasana yang penuh keharmonian. Jangan mengeluarkan pandangan-pandangan umum yang tidak selari dengan aspirasi UMNO. katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Mohd Zaidi mengajak ahli UMNO supaya yakin di dalam perjuangan dan utamakan kehendak parti dan pastikan UMNO terus kekal menjadi pilihan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Dalam pada itu, menurut sebuah akhbar tempatan, ini adalah satu keputusan yang sememangnya dinantikan oleh Isham Jalil sendiri yang seolah-olah sengaja mahu dirinya dipecat daripada parti. Menurut bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang surat berkaitan pemecatannya.

Walau bagaimanapun, kumpulan WhatsApp MKT UMNO telah menyingkirkan beliau daripada menjadi ahli di dalam aplikasi tersebut. Isham menegaskan, beliau akan terus melakukan protes itu selagi Ahmad Zahid meneruskan kerjasama dengan DAP. Susulan itu, MKT UMNO telah mengambil keputusan untuk memecat Isham daripada parti tersebut serta-merta.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Tiada Keputusan Dibuat Oleh MKT UMNO Untuk Memecat Isham Jalil