Kuala Lumpur, 6 December 2023, 20:00 – JIKA dilihat sepenuhnya, memang terdapat banyak tempat percutian yang cantik dan menarik yang menawarkan harga yang berpatutan. Laut dan pantai atau resort yang dikelilingi kawasan hijau dan air terjun adalah antara destinasi yang selalu diinginkan apabila memilih tempat percutian. Kawasan-kawasan sebegini biasanya menenangkan fikiran dan suasananya yang nyaman. Di antara tempat yang menjadi perhatian penduduk tempatan adalah:
1. Taman Negara, Pahang
Malaysia terkenal dengan flora dan fauna di hutan-hutan Malaysia. Antara tempat yang WAJIB dilawati adalah Taman Negara Pahang yang terletak di Kuala Tahan, Pahang. Tempat ini agak jauh daripada bandar Jerantut dan ini membuatkan ia amat sesuai untuk “escape” bandar yang sibuk dan kembali ke alam semula jadi yang sesuai untuk keluarga, suami isteri ataupun bersama rakan-rakan.
Apa yang anda boleh lakukan di sana? Tinggal berdekatan dengan hutan agar anda mendapat peluang untuk melihat tapir dan binatang liar yang lain. Anda juga boleh meneroka Taman Negara Pahang dengan pemandu pelancong atau menyertai pelbagai aktiviti seperti melayari sungai. Anda juga boleh menyertai lawatan ke perkampungan Orang Asli untuk mempelajari lebih banyak mengenai mereka. Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur: 3 jam 30 minit.
2. Sekinchan
Sekinchan adalah satu perkampungan nelayan dari 1920an yang terletak di Sabar Bernam, Selangor. Kawasan perikanan utama adalah Bagan di mana kebanyakan nelayan Teo Chew mendapat rezeki mereka. Pada hari ini, Sekinchan telah berkembang menjadi kawasan pertanian yang banyak menghasil bekalan beras ke seluruh Malaysia dan menjadi kawasan pelancongan.
Sebelum melawat Sekinchan, pastikan anda melawat semasa musim menuai kerana musim menuai adalah masa yang paling sesuai untuk melihat sawah padi di Sekinchan. Mac ke May dan September ke November adalah tempoh masa yang paling sesuai untuk anda melawat, anda boleh melihat sawah padi yang hijau bertukar menjadi kuning keemasan. Mesti bestkan ambil gambar dengan latar belakang sawah padi yang kuning keemasan?
Selain itu, anda juga boleh melawat Pantai Redang untuk berkelah dan menikmati makanan laut di restoran berdekatan. Jangan risau! Terdapat beberapa restoran dan tempat makan yang halal di Sekinchan, halal dan sedap! Google je, confirm ada.
Jika anda akan bermalam di Sekinchan, jangan lupa untuk menyertai lawatan kelip-kelip yang ada di Kuala Selangor. Dengar kata ramai yang datang dari jauh untuk lawatan ini dan lawatan ini agak romantik. Tips! Bawa isteri anda!
3. Melaka
Melaka, bandar bersejarah. Siapa yang tak tahu cerita Parameswara yang menemui tempat yang sempurna untuk perdagangan dan bandar pertama di Malaysia. Dengan seni bina yang masih mengekalkan sejarah penjajahan Portugal, banyak kawasan yang anda perlu lawati seperti A Famosa, Museum Maritim dan banyak lagi.
Nak cakap tentang makanan kat Melaka pula. Panjang sangat nak senaraikan makanan yang anda mesti cuba kat Melaka ni, kedai-kedai di Jonker Street, gerai-gerai di Jonker Street, Klebang Coconut Shake, Sate Celup, makanan Baba Nyonya, Asam Pedas, chicken rice ball dan banyak lagi lah. Kalau nak tau tempat yang sedap, tanya orang Melaka!
4. Sekeping Serendah
Tempat yang amat sesuai untuk pasangan suami isteri yang ingin bersendirian dan bebas daripada kehidupan di bandar. Tempat ni terletak dalam kawasan hutan. Bayangkan anda bangun pagi dengan bunyi burung dan cengkerik. Tempat ini memang kelihatan sangat asas dan minimalis agar pelawat boleh menikmati kawasan sekeliling. Anda boleh mengadakan BBQ dan memasak. Kolam renang juga ada disediakan.
Sekeping Serendah terletak di kawasan Serendah berdekatan dengan perkampungan Orang Asli. Sekeping Tenggiri dan Sekeping Kong Heng terletak di Bangsar dan Ipoh dengan konsep tempat percutian. Pastikan anda membuat tempahan dahulu.
5. Awanmulan, Seremban
Mempunyai konsep yang lebih kurang sama dengan Sekeping Serendah, Awanmulan mempunyai lebih banyak tempat penginapan. Awanmulan juga mempunyai restoran yang menghidangkan makanan dari sarapan pagi ke makan malam ataupun anda boleh menyedia BBQ anda sendiri. Yang lagi best, sesiapa yang ada binatang peliharaan boleh membawa binatang anda ke Awanmulan. Tempoh daripada Kuala Lumpur: 1 jam.
6. Tadom Hill Resort
Resort ini dikelilingi 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan terselindung daripada kesibukan di bandar. Tadom Hill mempunyai beberapa pilihan untuk penginapan seperti Bamboo Hut, Hammock Spheres, Lakeside Tent Sites, Garden Tent Sites dan Gendui Chalets. Kebanyakkan struktur bangunan diperbuat daripada buluh. Terdapat banyak aktiviti yang dibahagikan mengikut kawasan seperti kawasan Tandom Groove dan Tandom Base. Tempat ni sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti dengan rakan-rakan dan keluarga. Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur: 45 minit.
7. Sungai Chiling, Pahang
Sungai Chiling yang lebih dikenali sebagai “Chiling Falls” atau “Chiling Waterfall.” Kawasan ini diselenggara oleh Selangor State Fisheries Department untuk melindungi ikan-ikan seperti ikan kelah yang ada di Sungai Chiling. Pelawat perlu berjalan selama 30-45 minit untuk sampai ke kawasan air terjun. Anda akan melalui hutan yang penuh dengan flora fauna dan anda disarankan untuk menggunakan kasut yang bersesuaian.
Anda juga disarankan untuk membawa bekalan makanan kerana tidak ada restoran atau kedai di kawasan air terjun. Waktu operasi Sungai Chiling adalah pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Sebaiknya anda perlu meninggalkan kawasan air terjun selewat pukul 4 kerana anda akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk turun ke bawah. Untuk yang ingin bermalam, terdapat tapak perkhemahan yang disediakan dan BBQ serta aktiviti rekreasi yang lain juga dibenarkan. Tempoh perjalanan daripada Kuala Lumpur: 1 jam 30 minit.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: