Kuala Lumpur, 14 November 2023, 5.32 petang – HATYAI kini menjadi ‘syurga makanan’ buat rakyat Malaysia yang ingin meluangkan masa cuti bersama rakan mahu pun keluarga. Diantara sebab mengapa Hatyai menjadi pilihan adalah kerana tempat tersebut menawarkan pelbagai makanan mewah dengan harga berpatutan. Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada melaporkan keghairahan rakyat Malaysia memilih percutian di Thailand telah menjejaskan industri pelancongan negara termasuk di pulau terkenal di Malaysia iaitu Langkawi apabila kehadiran pelancong ke pulau peranginan itu semakin berkurangan.

Terdapat beberapa faktor yang menyebab Negara Gajah Putih itu menjadi pilihan bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat dari negara Eropah dan dari benua lain juga. Jika dibandingkan dengan negara lain yang terkenal dengan pelancongan, Thailand menawarkan penginapan, pengangkutan dan makanan yang sangat murah di situ. Selain dari mempunyai bentuk mukabumi yang indah dan menarik, Thailand juga menyediakan makanan yang enak mengikut cita rasa pelbagai negara dan terdapat restoran atau tempat makan yang berstatus halal. Malah, negara Gajah Putih itu juga dikatakan menawarkan bilik hotel tiga bintang pada harga murah meskipun terletak di tengah pusat bandar seperti di Hatyai.

Selain itu, kemudahan pengangkutan yang mudah dan murah serta jaringan jalan raya yang selesa menjadi antara faktor ramai rakyat Malaysia dan pelancong luar negara berpusu-pusu ke sana. Tiket tren ulang alik State Railway of Thailand (SRT) dari Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar, Perlis ke Hatyai, Thailand hanya pada harga 50 baht atau kira-kira RM6 sehala. Bukan tidak mahu berjalan dalam negara, tetapi melancong ke Thailand lebih murah. Itu antara respon orang ramai terhadap laporan yang mengatakan trend bercuti ke Thailand, luar negara jejas nilai ringgit.Ia berikutan trend tersebut menyaksikan lebih banyak aliran keluar mata wang ringgit Malaysia yang dibimbangi memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang.

Dalam pada itu, orang ramai turut berpendapat bahawa kerajaan sebaliknya perlu mengawal penjual dari luar negara di platform e-dagang kerana ringgit Malaysia lebih mudah untuk terus mengalir ke luar negara. Peniaga luar senang buat duit di negara ini sebab langsung tak dikawal. Sudahlah percuma, tidak perlu bayar cukai. Kerajaan sepatutnya contohi Indonesia di mana mereka kawal peniaga dari negara luar malah ada peniaga dari China tidak boleh menjual sesetengah produk demi menjaga industri produk tempatan.

Industri pelancongan telah menarik pelbagai pelabur asing untuk melabur di dalam negara kita. Antaranya adalah dari segi hospitaliti dimana pelabur berminat untuk mengusahakan hotel, pusat membeli belah dan juga membina taman tema. Sebagai contoh, pembukaan Legoland di negeri Johor telah menarik minat ramai pelancong terutamanya dari negara luar kerana ia merupakan taman tema berjenama Lego yang pertama di Asia tenggara. Kehadiran pelabur asing dapat membantu kerajaan mengurangkan kos yang digunakan dalam sektor pelancongan sekaligus memberi lebih faedah kepada rakyat dan negara khususnya.

#PrezCom