Kuala Lumpur, 6 December 2023, 17:27 – USAHAWAN dan pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie, mengumumkan bahawa beliau dan bekas isterinya Datin Nina Sabrina Ismail Sabri telah menamatkan perkahwinan yang mereka bina selama sepuluh tahun pada bulan Ogos lalu.
Jovian Mandagie yang setiap tahun pasti mengeluarkan koleksi rekaan baju yang cantik dan sesuai dipakai untuk satu keluarga terutama di musim perayaan. Kebelakangan ini nama Jovian semakin panas diperkatakan apabila beliau dan isterinya itu telah pun bercerai. Ini sesuatu yang diluar jangkaan.
Mungkinkah penceraian itu disebabkan tular satu video yang menunjukkan dua orang lelaki masuk ke dalam lif dan melakukan satu aksi yang meragukan. Menurut sumber, video yang dimuat naik oleh seorang pengguna X, @BN4everTN50 terdapat dua orang lelaki dan salah satunya dikatakan mirip seakan Jovian. Susulan itu berbagai persoalan telah timbul. Betul ke tu Jovian? Betul ke mereka nak bercumbu?
Jovian telah memaklumkan mengenai penceraian tersebut melalui Instgram miliknya dan mengatakan beliau dan Nina telah berpisah secara baik dengan membuat keputusan bersama untuk mengakhiri perkahwinan mereka kerana beranggapan itu adalah jalan terbaik buat mereka berdua.
Jovian menambah lagi, demi satu-satunya anak perempuan mereka iaitu Jeanelle, mereka berdua tetap bersahabat dan tetap menjadi ibu dan bapa kepada Jeanelle. Kasih sayang mereka berdua terhadap anak perempuan itu tetap tidak akan berubah walaupun kedua-dua mereka telah berpisah.
Jovian meluahkan rasa terhadap peminatnya dengan berkata, selepas beberapa lama, peminat koleksi Jovian adalah sebahagian daripada kehidupan mereka berdua dan ia akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan dan berharap para peminatnya akan terus memberi sokongan kepada jenama keluaran beliau dan Nina iaitu Jovianina.
Jovian yang sepatutnya meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-10 dengan Nina pada 11 Disember ini turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif daripada pengikutnya di laman sosial, justeru merasakan berita itu perlu dikongsikan.
Semasa mengadakan sesi secara langsung di TikTok, Jovian mengakui tersentuh dengan komen-komen yang diutarakan oleh peminat-peminat mengenai rumah tangganya dan beliau berasa begitu teruja sekali untuk berkongsi rasa bersama mereka.
Jovian juga turut mengakui, apa yang telah tersebar mengenai rumah tangganya sejak empat bulan yang lalu adalah benar dan sebenarnya ia tidak dijangkakan. Walaupun rumah tangganya ketika itu sedang bergolak namun mereka berdua berada di dalam keadaan yang baik.
Di akhirnya Jovian berkata, “Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hidup selama hampir sedekad. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” katanya.
Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun. Pada masa yang sama beliau mengatakan bahawa apa yang telah berlaku adalah takdir dan menambah lagi bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita :