Kuala Lumpur, 19 Julai 2023 01:20pm. Sumpahan Jerunai adalah sebuah filem seram yang berlatarbelakangkan fakta dan sejarah berkaitan misteri pengebumian golongan aristokrat Melanau di Sarawak. Filem hasil lakun layar dan arahan Jason Chong berdurasi 1 jam 45 minin ini mengetengahkan gandingan pelakon-pelakon hebat seperti Bront Palarae sebagai Dr. Sani, Uqasah Senrose sebagai Bee, Mohd Syafie Naswip sebagai Arjuna, Amerul Affendi sebagai Tommy, Daiyan Trisha sebagai Hana, Tony Eusoff sebagai Madui, Yuyun Hikmah sebagai Matalau dan pelakon veteran terkenal Ruminah Sidek sebagai Nula.

Filem ini mengisahkan kisah Dr.Sani dan pasukannya yang turun mencari isterinya yang hilang semasa ekspedisi mengkaji Jerunei. Pencarian menjadi semakin sukar dan penuh misteri apabila setiap ahli ekspedisi mengalami kejadian-kejadian pelik, berhalusinasi dan sakit yang luar biasa. Keadaan menjadi semakin misteri apabila ada diantara mereka yang telah dirasuk oleh roh yang dikorbankan di sebuah Jerunei. Peminat-peminat filem misteri dan seram dinasihatkan agar tidak menjerit di pawagam kerana kebanyakan babak-babak dalam filem ini sudah pastinya akan memberikan kejutan dan sampukan misteri kepada anda.

Filem Sumpahan Jerunai bukan sahaja berupaya menggegarkan panggung malah berupaya mengubat kerinduan peminat-peminat filem seram tempatan terutama peminat-peminat Bront Palarae dan Uqasah Senrose. Uqasah yang pernah membintangi filem ‘Paku Pontianak’ dan telefilem ‘Malam Tahlil Suhaila Balik’ sementara pelakon hebat Bront Palarae yang pernah dicalonkan sebagai aktor terbaik di ‘Anugerah Indonesia Box Office Movie (IBOMA)’ ketika membintangi filem Pengabdi Setan arahan Joko Anwar yang nobatkan sebagai filem terlaris di tonton seramai 4.2 juta penonton sudah tentunya akan berjaya membawa peminat-peminat filem seram bersama berhalusinasi didalam filem ini.

Ketika di temuramah, rata-rata artis-artis yang membintangi filem Sumpahan Jerunai ini menyatakan sendiri kerinduan mereka beraksi di lokasi penggambaran. Pengalaman beraksi dan masuk ke tempat-tempat mencabar bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga kepada krew produksi menunjukkan komitment mereka untuk terus menjayakan filem ini. Secara keseluruhannya mereka juga berharap agar peminat-peminat filem seram tempatan akan terus terhibur dan terus memberikan sokongan kepada filem-filem tempatan.

Penggambaran filem Sumpahan Jerunai ini sebenarnya telah dibuat sekitar Ogos and Septembar 2019 di beberapa lokasi menarik di Sarawak termasuk di Santubong, Siburan dan di Mukah. Filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2020 telah ditunda penayangannya akibat penularan wabah COVID-19 yang lalu. Sumpahan Jeruni akan menemui peminat-peminat filem seram yang penuh misteri pada Julai 27 Julai 2023 diseluruh pawagam Malaysia. Selamat Menonton!

Tarikh tayangan : 27 Julai 2023
Penulis skrip : Jason Chong, Sky Khor, Sofia J. Rhyland & Wendy Wong
Pengarah : Jason Chong
Produksi : Produksi Seni 2020, Primeworks Studios

#PrezCom