PUNB Memperkasakan Agenda Bumiputra

Kuala Lumpur, 3 December 2023. 3.30 petang – PENGERUSI Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyasar untuk menyalurkan pembiayaan perniagaan sebanyak RM275 juta bagi membantu membangunkan ekosistem Usahawan Bumiputera.

Peruntukan itu akan disalurkan mulai tahun depan bagi membantu membangunkan ekosistem perniagaan Bumiputera. Abdullah Sani, berkata, sasaran pembiayaan yang lebih tinggi itu juga seiriang dengan agenda Ekonomi MADANI.

Acryl Sani berkata, ia juga akan dilaksanakan menerusi skim pembiayaan PROSPER yang menawarkan pembiayaan sebanyak RM100,000 sehingga RM10 juta, Skim Small Prosper Express Evaluation and Disbursement (SPEED) yang menawarkan pembiayaan ‘fast lane’ sehingga RM200,000 dan skim pembiayaan khas seperti PROSPER IMPACT dengan pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta.

PUNB juga memperuntukan RM60 juta untuk mempertingkatkan pemilikan hartanah perniagaan untuk usahawan Bumiputera menerusi Program PROSPER Hartanah. Selain dari membantu untuk memperkukuhkan ekonomi negara, ia juga bertujuan untuk memperkasakan perniagaan bumiputra yang mana ia merupakan agenda utama untuk agihan dana ini.

PUNB telah meluluskan pembiayaan perniagaan lebih RM200 juta kepada 420 usahawan sehingga bulan Oktober lalu. Malah, sejak penubuhan PUNB sehingga kini, seramai 14,700 usahawan telah dibantu dengan jumlah kelulusan pembiayaan sebanyak RM4.3 bilion,” katanya selepas merasmikan Simposium Peruncitan Kebangsaan (SPARK 2023) di sini, hari ini.

Usahawan bumiputra digalakkan supaya maju selangkah kehadapan untuk mengubah landskap perniagaan dengan lebih strategi terutama di dalam peruncitan selain sentiasa mengamalkan perkongsian pengalaman kepada perserta industri.

Usahawan Bumiputera harus memberi penekanan dan perhatian kepada Pembangunan Lestari (SDG) dan pematuhan inisiatif Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus (ESG). Penting untuk negara mengharungi cabaran masa depan bagi mencapai matlamat Negara Sifar Karbon menjelang 2050.

Ramai usahawan yang tertinggal kerana kurangnya pemahaman mengenai perkara itu. Apabila berbicara mengenai ESG, masih ramai yang tidak memahami. Oleh itu, banyak inisiatif yang telah dilaksanakan PUNB dalam operasi harian untuk menyokong dan mempromosikan agenda SDG dan ESG.

ESG kini menjadi perancang utama yang digunakan untuk mengenal pasti kemampanan sesebuah industri atau perniagaan walaupun ketika ini mungkin banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih di peringkat awal pelaksanaannya.

Acryl Sani berkata, ada di antara usahawan PUNB juga sudah mula ke arah SDG dan ESG dengan menerapkan elemen-elemennya dalam operasi perniagaan masing-masing. Oleh itu, PUNB mahu usahawan semua bersama-sama meneroka peluang itu.

Usahawan bumiputra digalakan untuk mengambil setiap peluang yang disalurkan oleh kerajaan bagi mempertingkatkan dan memperkasakan perniagaan masing-masing.

Bukan mudah untuk kerajaan mengeluarkan dana yang sebegitu besar jumlahnya melainkan untuk membantu terutama kaum bumiputra yang masih berada ditahap yang rendah dan sederhana terutama bagi kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Hapuskan Kerenah Birokrasi, Permudah Urusan Untuk Jalankan Perniagaan – Anwar Ibrahim