Ahli Politik Tidak Boleh Dipercayai

Kuala Lumpur, 3 December 2023, 7.30 petang – KAJIAN mendedahkan, rakyat Malaysia lebih mempercayai profesion kedoktoran dengan 68 peratus iaitu nilai kebolehpercayaan tertinggi diikuti guru dengan 65 peratus berbanding ahli politik dan menteri.

Menurut kajian dari sebuah firma penyelidikan ‘Trust In Professions, ‘ ahli politik dan menteri mempunyai kepercayaan terendah dalam kalangan rakyat Malaysia dengan hanya 19 peratus.

Manakala kajian yang dijalankan oleh sebuah lagi firma penyelidikan iaitu IPSOS mendapati profesion sebagai ahli politik juga berada di kedudukan paling bawah apabila hanya memperoleh kepercayaan antara tiga hingga 19 peratus sahaja diikuti menteri dengan peratusan antara lima hingga 25 peratus.

Di peringkat dunia, saintis menduduki tempat kedua dengan 57 peratus manakala di Malaysia kerjaya tersebut berada di tangga ketiga, berkongsi mata 49 peratus dengan angkatan tentera.

Memang tidak dinafikan bahawa majoriti ahli politik yang terdapat di Malaysia pandai bermain kata. Bukan sahaja dikalangan ahli politik biasa mahu pun menteri, individu yang berkedudukan lebih tinggi dari menteri juga tidak boleh dipercayai.

Ibadat kata pepatah ‘Bagaikan Sesumpah yang pandai menyamar mengikut keadaan sekeliling atau bagaikan ular ‘ Lidah Bercabang’. Hari ini cakap lain esok cakap lain.

Namun, terima lah seadanya. Andainya itu pilihan rakyat. Kita merancang untuk mendapatkan yang terbaik tetapi yang diperolehi adalah yang kurang berkualiti.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Isu Sakau dan Kestabilan Politik