Negeri Sembilan, 8 Mei 2023 2.00pm. Sewaktu berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di Majlis Bandaraya Seremban semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka tentang usul keabsahan kerajaan yang diterajuinya sekarang dan juga isu kekayaan Tun Dr. Mahathir.

Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka menyatakan, katanya; “Jangan Sakau, kalau ambil projek jadi kurang, rakyat tak dapat habuan. Semua arahan kita, tander teratur, jangan ambil apa-apa komisyen. Tidak ada tanah, tidak ada saham, tidak ada balak kita ambil dan ini kita pegang rekod sampai sekarang.”

Tambahnya lagi; “Sebab itu saya kata, sama ada Tun Mahathir ke, Tun Daim ke yang kaya berbilion-bilion, tak apalah. Tapi harta kamu yang berbilion-bilion, anak ada pesawat, ada kapal, ada bank di luar negara, jual itu semua, bawa balik dan bagi pada orang Melayu di Malaysia ini, baru betul kamu jadi pejuang. Itu belum dijawab, saya minta mereka jawab berapa bilion dia ada, dari mana dia dapat wang itu? pulangkan balik kepada orang Melayu di Malaysia.”

Dalam sesi yang sama Datuk Seri Anwar Ibrahim juga secara santai menyentuh isu kestabilan politik dengan mencabar usul dibahaskan di sidang parlimen, katanya;

“Maknanya dalam dua minggu ini sidang parlimen akan diadakan. saya cadangkan mana-mana orang, ahli perlimen atau parti yang rasa mereka mahu ajukan undi tidak percaya, silakan dan kita bertempur di parlimen siapa yang ada kekuatan, InsyAllah. Kalau tidak riuh rendah, bisik sana, bisik sini, 126, 114 ini apa? dan kita beri laluan. Dulu bila dapat usul tak boleh kerana Perdana Menteri dahulu istihar darurat, kemudian gantung parlimen. Perdana Menteri sekarang, katakan InsyAllah, kamu bawa saya tidak gantung parlimen, tidak ada darurat, lawan di parlimen. Itu baru cara kita tadbir. Sebab apa? saya nak matikan keluh kesah soal kestabilan politik. Kita mahu tumpu soal nasib rakyat dan kebajikan rakyat.”

#PrezCom