Pemegang Ijazah Dan Diploma Tidak Mahu Berkerja Sebagai Buruh

Kuala Lumpur, 2 Disember 2023, 11.54 tengahari – PRESIDEN Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, mereka banyak menerima banyak aduan daripada para majikan mengenai kesukaran untuk mendapatkan pekerja berdasarkan kriteria yang diperlukan dan tidak memenuhi syarat.

Masalah ini adalah disebabkan kriteria yang dikehendaki oleh para majikan tidak sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang ada pada calon atau pun pencari kerja.

Oleh kerana sukar untuk syarikat menerima calon yang tidak memenuhi syarat yang dikehendaki maka berlaku lah lambakan penggangur yang terdiri dari berbagai kategori termasuk pemegang ijazah dan diploma.

Menurut Syed Hussain lagi, faktor lain yang menyumbang kepada lambakan pengganguran adalah rakyat tempatan juga tidak berminat untuk mengisi kekosongan untuk jawatan yang dianggap sebagai pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Terdapat ramai calon yang sedang mencari perkerjaan menolak tawaran berkerja sebagai buruh kerana sektor itu dianggap kotor, bahaya dan sukar. Ia dianggap tidak sesuai dengan kelayakan seperti pemegang ijazah atau setaraf dengannya.

Disebabkan masalah-masalah yang disebutkan tadi, majikan terpaksa mengambil pekerja asing bagi mengisi kekosongan yang tidak mahu di isi oleh rakyat tempatan.

Syed Hussain mencadangkan supaya kerajaan menaik taraf program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), bagi meningkatkan peratusan pekerja berkemahiran tinggi kepada 35 peratus menjelang 2025.

TVET penting untuk lahirkan pekerja berkemahiran tinggi. Peralatan di institusi TVET perlu dinaik taraf supaya pelajar dapat menguasai pengguna peralatan dan mesin terkini. Katanya.

#PrezCom