Kuala Lumpur, 2 December 2023, 9.18 minit malam – BALU kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah, telah mengakui terbuka hati untuk menerima seseorang di dalam hidupnya selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal. Hidayah bagaimanapun berkata arwah Abam merupakan insan istimewa dalam hidup dan merupakan cinta pertamanya.
Hidayah membuat pengakuan bahawa dia telah didekati oleh beberapa orang lelaki dan dirinya mengimpikan seorang lelaki yang penyanyang seperti arwah Abam. Hidayah berkata lagi, dia tidak memilih orang hanya cukup untuk memberinya kasih sayang dan menjalankan tanggungjawab.
Nor Hidayah Mohammad Ali, 33, sebelum ini yang masih bergelut dalam kes mahkamah bersama bekas adik iparnya, melahirkan rasa lega apabila keputusan mahkamah berpihak kepadanya. Kemenangan itu adalah menerusi saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap adik Allahyarham Abam iaitu Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dua tahun lalu.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: