
Kuala Lumpur. 3 July 2023 5.40pm. Pengendali portal berita MalaysiaToday, Raja Petra bin Raja Kamarudin mendakwa portal berita MalaysiaToday telah disekat oleh pihak kerajaan dari diakses oleh pengguna internet di negara ini. Status terkini sehingga jam 07.00 petang ini mendapati portal berita MalaysiaToday masih belum boleh diaskes. Raja Petra melalui hantaran di YouTube miliknya berkata, “MalaysiaToday sedang di sekat oleh kerajaan Malaysia, Ramai dah sekarang tak boleh masuk MalaysiaToday. Masalah sekaang kerajaan Pakatan Harapan lagi teruk dari kerajaan dulu.” Kenyataan Raja Petra ini di sambut oleh aktivis politik yang juga pengendali portal berita The ThirdForce, Raggie Jessy Rithaudeen yang menyatakan kekesalannya dengan tidakan Kerajaan Perpaduan yang sebelum ini kononnya memperjuangkan hak bersuara tetapi bertindak sebaliknya. Raggie Jessy didalam hantaran di Facebook miliknya melebelkan Kerajaan Perpaduan sebagai ‘Cakap Tak Serupa Bikin.’
Hasil ujian yang di jalankan sendiri oleh krew PrezCom media pada jam 7.10petang di lamana sesawang Open Observatory of Network Interference (OONI) juga mengesahkan bahawa Malaysia Today disekat akses kepada pengguna sekurang-kurangnya bagi tiga penyedia perkhidmatan internet (ISP) utama di Malaysia iaitu TMNet, Maxis dan Celcom yang dibuat menerusi sekatan ‘Sistem Nama Domain (DNS)’. Secara amnya pelayan DNS menterjemah dan memetakan alamat web yang dicari pengguna kepada satu set alamat Protokol Internet (IP) yang boleh dibaca telah disekat.
Terdahu sebelum ini portal berita MalaysiaNow juga telah menerima nasib yang sama apabila laman portal berita itu telah disekat selama 48jam pada 27 Jun 2023 yang lalu. Mengulas tentang senario ini Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BESATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengecam tindakan ini dan berkata, “pemerhati, negara dan antarabangsa, seharusnya tahu sekarang bahawa Anwar dan pentadbirannya sangat jauh daripada imej reformis yang mereka pura-purakan itu.” Senada dengan pandangan Wan Saiful Wan Jan, Kumpulan Wartawan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) juga memandang serious terhadap isu yang yang disifatkan mereka sebagai melanggar kebebasan media secara terang-terangan. GERAMM dalam masa yang sama menggesa pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjelaskan itu ini.
Dalam pada itu, sehingga hari ini Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan dan maklumbalas.
Berita: Kebebasan Bersuara Tidak Bermaksud Bebas Melakukan Apa Sahaja
#PrezCom