
Kuala Lumpur 30 Jun 2023 5.30pm. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai agensi pengawal selia di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Dan Digital dikatakan telah gagal mendapat kerjasama dari pihak Twitter bagi menurunkan beberpa ciapan yang didakwa mengkritik Kerajan Perpaduan khususnya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anuar Ibrahim (PMX).
Twitter, perkhidmatan rangkaian media sosial yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu didakwa telah menolak permintaan SKMM bagi menurunkan ciapan yang dibuat oleh Salim Iskandar yang dikatakan sering membuat ciapan mempersendakan kerajaan terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Twitter dikatakan telah memaklumkan kepada Salim Iskandar berhubung permintaan untuk menurunkan ciapannya melalui email pada 28 Jun lalu.
SKMM sebagai agensi pengawal selia menggunakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menjaga kepentingan negara dan memastikan permatuhan terhadap undang-undang yang mana individu yang menggunakan aplikasi atau perkhidmatan untuk membuat komen atau memberikan cadangan atau cara komunikasi lain yang mendatangkan unsur lucah, tidak senonoh, mengancam, menyalahgunakan, atau menggangu individu lain boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM50,000, penjara sehingga 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Kebanyakan ciapan (tweet) yang dipintas oleh SKMM untuk dipadamkan kebanyakkannya menggunakan tanda pagar (hashtag) seperti #KerajaanBangsat dan #KerajaanPembunuh yang dikatakan boleh mengancap kententeraman awam.
Terdahulu sebelum ini laman sesawang portal berita MalaysiaNow telah tidak dapat di akses oleh pengguna-pengguna terutama pengguna Maxis, Celcom dan UniFi tetapi telah dibukan semula apabila isu sekatan ini mula tular dan mendapat perhatian warganet. Belum pun isu sekatan portal berita MalaysiaNow reda kini isu sekatan terhadap ciapan pengkritik Kerajaan Perpaduan pula timbul.
#PrezCom