
Kuala Lumpur 9 Mei 2023 12.40pm. Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat ciapan terbaru di Twitter peribadi miliknya dan membuat kenyataan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan semua harta peribadi dan aset milik keluarganya. Tun Dr Mahathir juga mencabar Anwar Ibrahim supaya menunjukkan bukti ‘berkotak-kotak’ yang didakwa ada padanya tentang bukti kekayaan beliau.
Terdahulu Tun Dr. Mahathir telah memfailkan writ saman RM150 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahaim di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung dakwaan bahawa ‘beliau mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.’ Tun juga mendakwa Anwar Ibrahim membuat kenyataan tidak berasas dan dengan niat menimbulkan persepsi negatif yang boleh merosakkan reputasi diri dan keluarganya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir adalah dua tokoh politik terkenal di Malaysia yang memiliki hubungan yang kompleks dan bervariasi sepanjang sejarah politik negara. Berikut beberapa peristiwa penting yang terkait dengan hubungan antara Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir:
1. Pada tahun 1993, Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah kepemimpinan Tun Dr. Mahathir. Anwar Ibrahim kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1995.
2. Namun, pada tahun 1998, Tun Mahathir mengeluarkan Anwar Ibrahim dari kabinetnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Anwar Ibrahim di pecat pada 2 September 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat dan beberapa bulan selepas itu, beliau ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Anwar kemudian dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun.
3.Setelah 20 tahun, pada tahun 2018, Anwar dan Tun Mahathir kembali bersatu didalam kerjasama politik yang bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama lebih dari enam dekad. Tun Dr. Mahathir mengetuai pakatan pembangkang dan mereka bersama-sama memimpin gerakan politik dibawah bendera Pakatan Harapan. Pakatan Harapan akhirnya berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 tahun 2018.
4. Pada tahun 2020 terjadi ketegangan di antara Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir didalam isu “siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri?”. Tun Dr. Mahathir yang sepatutnya melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim bertindak mempertahankan posisinya sebagai Perdana Menteri ke-7.
5. Akhirnya, pada Februari 2020, Tun Dr. Mahathir mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim pula membentuk pakatan baharu tetapi usahanya gagal membentuk kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-8.
6. Pada 24 November 2022 susulan tiada parti politik memiliki majoriti didalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Yand di-Pertuan Agong berkenan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10. Konflik diantara Tun Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim terus berpanjangan apabila Tun Dr. Mahathir didalam satu sidang media pada 28 Mac 2023 memberikan masa tujuh (7) hari kepada Anwar Ibrahim bagi membuat penjelasan terhadap dakwaannya yang di sifatkan sebagai tidak berasas dengan menuduhnya ‘mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.’sewaktu ucapan Anwar Ibrahim di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani pada 18 Mac 2023 yang lalu.
7. Pada 3 Mei 2023, Tun Dr. Mahathir memfailkan writ saman RM150 juta ( RM50 juta ganti rugi dan RM100 juta teladan) menerusi firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi di Shah Alam dengan menamakan Anwar Ibrahim sebagai defenden tunggal.
Berita Berkaitan
Tun Mahathir Beri Masa 7 Hari pada Anwar Ibrahim
https://prezcom.my/2023/03/28/tun-mahathir-beri-masa-7-hari-pada-anwar-ibrahim/
Sidang Media Tun Mahathir: Tun Mahathir Beri Masa 7 Hari
https://youtu.be/b5kfJH48SdQ
Tun Dr. Mahathir Tidak Kaya
https://prezcom.my/2023/05/05/tun-dr-mahathir-tidak-kaya/
Tun Dr. Mahathir Tidak Tersenarai Didalam 20 Orang Terkaya di Malaysia
https://prezcom.my/2023/05/06/tun-dr-mahathir-tidak-tersenarai-didalam-20-orang-terkaya-di-malaysia/
#PrezCom