
Kumpulan Doktor Kontark yang menganjurkan #MogokDoktorMalaysia terus mengadakan mogok dengan mengambil cuti seperti yang dirancang bermula hari ini (Isnin) sehingga hari Rabu, walaubagaimanapun tiada perhimpunan beramai-ramai diadakah kerana mereka tidak mahu ada mana-mana parti politik menggunakan ‘perhimpunan’ itu untuk mendakwa mereka. Di Johor, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr. Aman Rabu telahpun memberikan amaran akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya terdapat doktor kontrak negeri itu yang turut serta didalam mogok. Beliau berkata, “perkhidmatan akan berjalan seperti biasa sebagaimana arahan Kementerian Kesihatan (KKM)”
Doktor kontrak yang dinafikan banyak hak termasuk pencen, cuti belajar, gaji mereka pula didakwa lebih rendah daripada mereka yang berjawatan tetap iaitu antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan walaupun mereka memikul tanggungjawab yang sama mengemukakan beberapa asas tuntutan seperti semua doktor kontrak di berikan jawatan tetap, dinaikkan gaji pokok dan kadar oncall dan serta kerajaan cakna terhadap penyelesaian kepada kekurangan kakitangan sedia ada.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdahulu sebeum ini berkata penyelesaian masalah doktor kontrak mungkin akan mengambil masa selama tiga (3) tahun dan memberikan jaminan seramai 1,500 orang doktor kontrak akan mendapat penjawatan tetap tahun ini. Sementara Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pernah mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetapi tetapi tanpa pencen kerena menyedari kerajaan berdepan dengan bebanan skim berpencen sebanyak RM29.1 bilion yang akan terus meningkat setiap tahun.
Terbaru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Hj Ahmad Zahid bin Hamidi yang telah dilantik sebagai ‘Pengerusi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (High Level Committee)’ bagai menangani isu #MogokDoktorKontrak berkata, pihaknya ambil maklum tentang isu ini dan telah pun membentuk ‘high level committee’ yang melibatkan Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan beberapa pihak yang perlu dilibat urus bagi memuktamatkan skima yang baharu bagi menyatuni doktor-doktor kontrak ini.
Datuk Seri Dr. Hj Ahmad Zahid juga menambah, katanya; “doktor-doktor kontrak ini perlu dibela dan pembelaan ini harus mengikut tatacara skima perkhidmatan pihak kerajaan dan tentunya ada beberapa cadangan yang telah diperbincangkan untuk meletakkan mereka bertaraf doktor-doktor berjawatan tetap dan beberapa syarat-syarat skima baharu akan di bincangkan”. Datuk Seri Dr. Hj Ahmad Zahid juga berharap pihak doktor-doktor kontrak ini akan memerikannya peluang untuk menangani isu ini dengan baik dalam masa yang terdekat.
Artikel Berkaitan:
Mogok Doktor Kontrak: Mogok Doktor Malaysia: Doktor Kontrak “Penat, Marah, Sedih dan Kecewa”
#PrezCom