Presiden Parti Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk menjalani prosiding dihadapan hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh pagi ini. Hari ini nampaknya tiada lagi perhimpunan dibuat seperti 9 dan 10 Mac 2023 lalu. Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memakai sut lengkap berwarna hitam dan tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 8.10 pagi tadi dengan hanya diteman isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan beberapa barisan pemimpin parti antaranya adalah Ronald Kiandee, Mohamad Radzi Md Jidin dan Ahmad Faizal Azumu.

Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, 76 tahun yang sebelum ini di hadapkan dengan enam (6) Pertuduhan iaitu empat (4) pertuduhan salah guna kuasa dan dua (2) pertuduhan pengubahan wang haram hari ini didakwa mengikut Seksyen 4(1) (b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 di atas tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta. Pendakwaan di kendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry, Raja Syuhada Raja Khairuddin, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annandorai dan Maziah Mohaide sementara Tertuduh di wakili oleh K Mumaraendran, Chetan Jetwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohd Isa Mohamad Basir, Teh See Khoon, Carsha Chelvi dan Shahir Ab Razak.

Tertuduh dikatakan menerima wang hasil daripada aktiviti haram itu daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti BERSATU di cawangan AmCorp Mall, Petaling jaya pada 7 Januari 2022 dan sekiranya sabit kesalahan tertuduh boleh di hukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil atau yang mana lebih tinggi.

Ketika pertuduhan dibacakan tertuduh yang diwakili oleh sembilan (9) orang peguam sejurus menyatakan “Saya faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah dan mohon di bicarakan, Saya juga memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur…”. Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh membenarkan tertuduh menguna pakai jaminan RM 2 juta serta syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta membenarkan kes itu dipindahkan ke mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Artikal Berkaitan:

Tan Sri Muhyiddin yang sebelum ini di hadapkan dengan enam (6) Pertuduhan

#PrezCom