Susulan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, pagi ini pada jam 8.40 pagi tadi Tan Sri Muhyiddin di temani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan dihadapkan dengan pertuduhan salah guna kuasa dan pegubahan wang haram.

Bagi empat (4) pertuduhan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2029 iaitu menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu untuk suapan bernilai RM232.5 juta yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima (5) kali ganda jumlah suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara bagi dua (2) pertuduhan pengubahan wanga haram mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87 (1) Akta yang sama iaitu dengan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta yang di masukkan ke dalam akaun BERSATU jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara 15 tahun dan denda lima (5) kali ganda jumlah terbabit atau mana-mana yang lebih tinggi.

Tertuduh yang di wakili oleh barian peguam Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Rosli Dahlan, Dev Kumaraendran, Chetan Jethwani, Varsha Chelvi dan Teh See Koon walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan

Hakim Mahkamah Sesyen, Hakim Azura Alwi mentapkan tarikh 26 Mei 2023 sebagai tarikh bagi sebutan semula dan membenarkan ikat jamin RM 2 juta selain dua penjamin dan turut memerintahkan tertuduh untuk menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

#KlusterJanaWibawa
#PrezCom