
Susulan dakwaan kes rasuah dan salah guna kuasa terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Setiausaha Agung PAS, Takhiyuddin Hassan hari ini megeluarkan kenyataan media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu dengan menyifatkan pendakwaan terhadap Tan Sri Muhyiddin tidak akan menjejaskan kekuatan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN di enam negeri akan datang, katanya; “Saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita, sebaliknya akan menmbahkan lagi sokongan dan menambahkan kekuatan kita.” Takhiyuddin Hassan yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN berkata, PN akan mengadakan ‘ rod show’ ke seluruh negara bagi memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap isu penahanan itu.
Sementera itu Ketua Pemuda BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, katanya; “Kita mahu supaya Tan Sri Muhyiddin kekal dengan jawatan sebagai presiden BERSATU dan juga pengerusi PN sebab pertuduhan terhadapnya adalah pendakwaan terpilih.” Kenyatan ini bernada sama dengan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sewaktu beliau diminta mengulas tentang isu perletakan jawatan Muhyiddin Yassin selepas beliau ditanya oleh pemberita di Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu, di Kuala Lumpur hari ini.
Hari ini tiada lagi kedengaran suara-suara ahli-ahli BERSATU ataupun PAS yang membangkitkan isu #KlusterMahkamah setelah beberapa orang pemimpin mereka kini menjadi #KlusterWibawa. Suara-suara yang membantah individu yang telah terpalit kes mahkamah sepatutnya direhatkan dari Parlimen dan dari memegang apa-apa juga jawatan juga tidak lagi kedengaran.
Penyokong-penyokong UMNO turut menyelar kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin-pemimpin BERSATU apabila mengaitkan kes pendakwaan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai pendakwaan bermotifkan politik dan pendakwaan terpilih dengan mengemukakan hujah bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dan Peguam Negara, Idurs Harun adalah di lantik ke jawatan masing-masing ketika zaman pemerintahan Tan Sri Muhyiddin dan apa yang berlaku sekarang adalah proses undang-undang.
Artikel Berkenaan
Enam Pertuduhan dan Ikat Jamin RM 2 Juta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin
#TekadBantuRakyat
#PrezCom