
Langgar Perlembagan Negara, hina Islam dan Melayu, apa tindakan kerajaan? inilah topik yang sedang hangat dibincangkan di media sosial sekarang.
Bong Guang Yik yang merupakan bekas pelapis percubaan Persatuan Badmintan Malaysia (BAM) pada tahun 2014 membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan kontroversi yang secara terang melanggar Perlembagaan Negara apabila menghina Islam dan orang Melayu dengan kenyataannya yang sangat rasis.
Bong Guang Yik mengeluarkan kenyataan ini di Tik Tok miliknya, katanya: “Umat Islam sembahyang selama lima kali sehari menunjukkan kaum itu (Melayu) tidak mempunyai niat untuk menguruskan BAM.” Bong Guang Yik mengatakan punca pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kurang baik adalah disebabkan badan induk tersebut diuruskan oleh orang Melayu. Guang Yik juga mengesa supaya pengurusan BAM ditukar kepada orang Cina.
Apabila dikecam di media sosial Bong Guang Yi berkata “dia minta maaf, niatnya untuk mempertingkatkan sukan dan industri bagi menafaat semua dan dia mahu semua peringkat pengurusan dalam keadaan bagus”.
Guang Yik yang kini menetap di China.
Sementara itu legenda Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei memberikan komen terhadap kenyataan Bong Guang Yik, Katanya: “Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan”…Jangan sesekali demi mengejar nk terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yg keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.” Kenyataannya ini dikeluarkan di Facebook miliknya.
Persoalannya: Adakah penghinaan sebegini harus dibiarkan begitu sahaja dan cukup dengan permohonan maaf? Apakah tidak ada penguatkuasaan terhadap pelanggaran Perlembagaan Negara? Ramai berpendapat kenyatan rasis seperti ini sebenarnya tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja terutama diwaktu kerajaan sedang serious menerapkan kepada #MalaysiaMadani
Artikel Berkaitan:
Darjat Pemain Hoki Wanita Malaysia dan Ahli Politik Berbeza
Kuota Rendah Orang Cina dan India Dalam Perkhidmatan Awam
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#MalaysiaMadani
#TekadBantuRakyat
#Prezcom