Kredit Imej: BERNAMA

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh nampaknya begitu tegas sekali dan sangat menyokong Hanis Nadira Onn digantung daripada menyertai skaud hoki negara dan tidak dibenarkan daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa, termasuk sukan SEA-32 di Phnom Penh Kemboja 2023, Mei ini hanya kerana satu hantaran di media sosial yang dikatakan bersifat rasis.

Hanis Nadira Onn yang mendakwa dirinya hanya bergurau apabila menulis komen tentang konsert AR Rahman pada 28 Januari di Bukit Jalil lalu dan telahpun memadam hantarannya serta membuat permohonan maaf secara terbuka namun Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tetap memutuskan Nadiara bersalah. Kesalahan yang maha dahsyat dilakukan Nadira Onn adalah apabila membuat ciapan: “bau best la kat dalam tu” beserta emoji ketawa kepada gambar dan video keadaan konsert di akaun Instagramnya. Menurutnya komennya itu hanyalah merujuk kepada keadaan stadium yang dipenuhi puluhan ribu penonton.

Sementara itu seorang jurulatih hoki Negeri Sembilan, Rajan yang juga seorang berbangsa India memberitahu bahawa dia sudah sedekad mengenali Hanis dan Hanis Nadira bukan seorang yang rasis.

Pengantungan Hanis Nadira Onn dikatakan bagi “MENJADI INGATAN DAN PENGAJARAN” kepada semua atlet negara untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang hantaran ataupun ciapan di semua platform media sosial.

Sekarang mari kita imbas semula kes P.Ramasamy yang rasanya bukan sekali membangkitkan isu yang dikategorikan sebagai rasis malah dengan terang menyebut perkataan ‘dominasi Melayu’ apabila P.Ramasamy mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang kononnya didominasi oleh orang Melayu. Kenyataan P.Ramasamy ini sangat bersifat perkauman apabila dengan terang menyebut nama Melayu dan seolah-oleh memberikan gambaran berlaku ketidakadilan didalam pemilihan penjawatan kepada kaum lain.

Mana Hannah Yeoh didalam isu ini dan adakah disebabkan P.Ramasamya juga datangnya daripada parti DAP maka Hannah Yeoh bersikap berdiam diri. Adakah darjat pemain hoki wanita berbeza dengan darjat seorang ahli politik DAP?.  Adakah ini sifat dan sikap DAP didalam menegakkan keadilan? Atau adakah ini cara DAP memandang isu rasis?

Artikel Berkaitan
Kuota Rendah Orang Cina dan Orang India dalam Perkhidmatan Awam