zahid-hamidi-bantu-mangsa-banjir-fp2

HINAAN TIDAK HENTIKAN ZAHID TERUS BERBAKTI UNTUK MANGSA BANJIR

KUALA LUMPUR : Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Kelantan baru-baru ini tidak disenangi oleh juak-juak politik PAS dan PN, kata sindiran dan hinaan dilemparkan.

Beliau ketika di Kelantan mengumumkan peruntukan RM12 juta untuk menyediakan enam unit pam bergerak berkuasa tinggi bagi mengatasi banjir termenung di jajahan Pasir Mas.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilaporkan berkata, peruntukan segera itu adalah langkah jangka pendek menangani banjir termenung yang kini berlaku di jajahan tersebut khususnya di Rantau Panjang. Berikutan sindiran rakyat Kelantan terhadap usahanya, ada ahli UMNO yang berang dan berkata UMNO tidak perlulah bantu negeri itu kerana mereka sudah ada pemimpin yang hebat.

Namun, rancangan Tuhan tiada siapa menjangka, sejak kelmarin empat kematian dilaporkan di Kelantan setelah banjir melanda, tiga maut kerana renjatan elektrik seorang lagi kerana ketika perjalanan ke pusat pemindahan. Tanpa menghiraukan kata nista, Ahmad Zahid mengajak semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggembleng tenaga bersamanya membantu mangsa bencana yang berlaku di seluruh negara ketika ini.

Baginya nyawa rakyat lebih utama dari kata-kata yang tidak meninggalkan kudis terhadap dirinya. Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau memohon semua pihak bekerjasama membantu mangsa banjir di seluruh negara dengan tanda pagar #banjir2022 dan #pray4pantaitimur.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam hantaran sama, turut memuat naik video berdurasi 51 saat supaya mengenepikan sentimen ideologi politik masing-masing, sebaliknya membantunya menyelesaikan isu mangsa banjir.

#PrezCom
#TekadBantuRakyat

@ahmadzahidhamidi Semasa #SidangMedia semalam di SK Sungai Tiang Darat saya telah perincikan beberapa langkah pendek, sederhana dan langkah panjang untuk menangani #banjirtermenung yang sering melanda kawasan #BaganDatuk ♬ Calm instrumental song, playing time less than 28 minutes and a half(814117) - Shimokoshi Makoto

“Saya minta parti politik, badan-badan NGO, tampil ke hadapan bersama saya untuk membantu rakyat yang terlibat (bencana).

Kita cuba menghentikan perbedaan warna politik di kalangan kita, marilah kita sama-sama menyelesaikan masalah rakyat, mangsa-mangsa banjir di daerah ini di Perak, dan juga seluruh negara.

Bantu saya, adalah membantu mangsa-mangsa yang terlibat banjir termenung yang disebabkan oleh hujan lebat, dan lain-lain faktor yang menyebabkan banjir seluruh negara,”

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Timbalan Perdana Menteri I
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

Share this post