KKM Pertimbang Kawasan Merokok Bagi Premis Makanan Di Lokasi Sempit

Kuala Lumpur, 19 Februari 2024, 16:00 – MENTERI Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menyatakan bahawa syor untuk mewujudkan kawasan khas merokok, terutamanya di premis makanan yang mempunyai kawasan sempit, masih dalam peringkat pertimbangan dan belum muktamad. Beliau menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menerima pandangan dan cadangan dari orang ramai serta […]