GROWMatch 2025 Pikat Usahawan Agri-PMKS: 50 Finalis Dipilih, Akses Pembiayaan Alternatif Diperkukuh

KUALA LUMPUR, 19/09/ 2025 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menghimpunkan 50 usahawan pertanian dan bio terpilih bagi kohort kedua GROWMatch 2025, satu inisiatif padanan yang membuka laluan pembiayaan alternatif melalui pasaran modal kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Diadakan di ibu pejabat SC, program ini menekankan tema “Menangani Cabaran Industri untuk Memperkukuh Keterjaminan […]
Sejarah Tercipta: Kabinet Setuju Asingkan Peranan Peguam Negara & Pendakwa Raya. Reformasi Undang-Undang Paling Besar Era Madani

KUALA LUMPUR, 18/09/2025 Kerajaan Persekutuan mencatat detik bersejarah apabila Jemaah Menteri hari ini bersetuju secara dasar untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, satu reformasi institusi perundangan yang dilihat mampu memperkukuh kedaulatan undang-undang serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara. Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat selepas pembentangan model pengasingan […]
Sanusi Tegas Ingatkan Rakan PN, Tun Faisal Balas, Namun Kredibilitinya Terus Dipersoal

ALOR SETAR/KUALA LUMPUR, 18/09/2025 Nada sinis Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, terhadap rakan komponen Perikatan Nasional (PN) menimbulkan perdebatan hangat apabila beliau mengingatkan bahawa kepimpinan politik bukan sekadar soal jawatan, sebaliknya memerlukan kekuatan kewangan, pengorbanan dan kesediaan jentera. Ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS Ke-71 di Alor Setar, Sanusi menyindir […]
Pelabuhan Klang Catat Sejarah Duduki 10 Teratas Tersibuk Dunia

KUALA LUMPUR, 17/09/2025 Malaysia melakar sejarah baharu dalam sektor maritim apabila Pelabuhan Klang buat julung kali menempatkan diri dalam kelompok 10 pelabuhan kontena tersibuk dunia, menurut senarai Lloyd’s List Top 100 Ports 2025. Lonjakan ke tangga ke-10 ini sekali gus mengatasi kedudukan Hong Kong, menandakan kejayaan besar selepas mencatat kedudukan ke-13 pada 2022 dan ke-11 […]
PMX di Doha: Putuskan Hubungan dengan Israel, Serangan ke atas Qatar Adalah Serangan ke atas Kita Semua

DOHA, 17/09/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa dunia bertindak lebih tegas terhadap Israel dengan menamatkan hubungan diplomatik dan perdagangan sebagai tekanan agar serangan terhadap Gaza dihentikan segera. Beliau menegaskan kecaman dan deklarasi semata-mata tidak lagi memadai kerana keganasan Israel semakin meluas hingga ke Lubnan, Syria, Yaman, Iraq malah kini menyerang ibu negara Qatar. […]
Mempertahankan Hak Melayu Tidak Bermakna Meminggirkan Hak Kaum Lain

MERSING, 16/09/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa perpaduan nasional hanya dapat dicapai apabila hak majoriti Melayu dan Islam dipertahankan, tanpa mengabaikan hak kaum lain yang turut bergelar warganegara Malaysia. Beliau berkata prinsip keseimbangan itu menjadi asas kepada keamanan dan keharmonian negara sejak merdeka. “Kalau kita mahu jamin perpaduan, negara ini majoriti Melayu, […]
Tiada Lagi Tempat Selamat di Gaza: Serangan Israel Musnahkan Lagi Menara di Gaza, 53 Terbunuh

GAZA CITY/DOHA, 16709/2025 Keganasan di Gaza semakin meruncing apabila serangan udara Israel pada Ahad memusnahkan tiga blok kediaman termasuk Menara al-Kawthar di kawasan Remal, selatan Gaza City. Sekurang-kurangnya 53 penduduk Palestin terbunuh, 35 daripadanya di Gaza City, manakala ratusan keluarga sekali lagi dipaksa melarikan diri akibat arahan pemindahan paksa baharu. Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan dua […]
“Kota Kemanusiaan” di Gaza: Dari Runtuhan ke Ancaman Pemindahan Paksa, Penduduk Palestin Hilang Harapan Pulang

GAZA, 19/09/2025 Selepas berbulan-bulan hidup dalam ketakutan akibat serangan bom, ribuan keluarga Palestin yang cuba kembali ke rumah masing-masing di utara Gaza kini berdepan kebimbangan baharu. Cadangan pembinaan “kota kemanusiaan” di selatan Gaza yang dikawal tentera Israel menimbulkan trauma mendalam kerana ia dilihat sebagai usaha untuk memindahkan mereka secara paksa sekali lagi. Bagi penduduk Gaza, […]
MP Kepong Cabar Laksana Subjek Tamil dan Mandarin Sebelum Desak Sekolah Kebangsaan

SHAH ALAM, 15/09/2025 Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, mencabar Pas agar melaksanakan pengajaran bahasa Tamil dan Mandarin di pusat prasekolahnya, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), sekiranya benar serius mahu memperkenalkan dasar sama di sekolah kebangsaan. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada Muktamar Pas Sabtu lalu, yang mencadangkan […]
Kelayakan Piala Dunia 2026: Pemain Itali Mengejek Israel, Simbol Solidariti Global Buat Palestin

KUALA LUMPUR, 15/09/2025 Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 antara Itali dan Israel yang berlangsung penuh dramatik dengan keputusan 5-4 memihak skuad Azzurri bertukar menjadi isu politik selepas pemain Itali didakwa mengejek dan mengutuk pemain Israel sepanjang 90 minit permainan. Menurut laporan media Israel, ejekan itu termasuk kata-kata kasar yang dilemparkan oleh penjaga gol Itali, Gianluigi […]