China Laksana Hukuman Mati Terhadap 11 Ahli Keluarga Mafia Penipuan Dalam Talian, Libatkan Mangsa Antarabangsa

BEIJING, 28 Januari 2026. China melaksanakan hukuman mati terhadap 11 ahli sebuah keluarga mafia yang terkenal dengan kegiatan penipuan dalam talian berskala antarabangsa, selepas mahkamah mendapati kumpulan berkenaan terlibat dalam pelbagai jenayah berat termasuk penipuan internet, pembunuhan dan penahanan secara haram. Menurut laporan agensi berita rasmi Xinhua, kumpulan yang dikenali sebagai “keluarga jenayah Ming” dijatuhi […]
Insentif RM4,000 Ganti Kereta 20 Tahun, Kerajaan Sasar Kurang Kesesakan dan Tingkat Keselamatan Jalan Raya

PUTRAJAYA, 28 Januari 2026. Kerajaan memperkenalkan Program Geran Padanan baharu di bawah Belanjawan 2026 bagi membantu pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun menggantikan kenderaan lama dengan model lebih selamat dan moden keluaran Proton atau Perodua, dengan insentif keseluruhan sehingga RM4,000 bagi setiap kenderaan yang layak. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata inisiatif berperuntukan RM10 juta itu […]
PDRM Beri Amaran: Sebar Data Peribadi “Doxxing” Tanpa Izin Adalah Jenayah

Kredit Imej: Polis Diraja Malaysia KUALA LUMPUR, 27Januari 2026. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran keras terhadap perbuatan menyebarkan maklumat peribadi individu tanpa kebenaran, dengan menegaskan bahawa tindakan tersebut merupakan perbuatan doxxing yang menyalahi undang-undang dan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan tegas. Amaran itu dikeluarkan susulan kebimbangan awam terhadap insiden penyebaran data peribadi seorang wartawan, Rex […]
PDRM Keluar Amaran Penipuan Panggilan Telefon, Sindiket Guna Ugutan dan Samaran Pegawai

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2026. Polis Diraja Malaysia mengeluarkan amaran tegas kepada orang ramai agar berwaspada terhadap peningkatan kes penipuan panggilan telefon, yang menyaksikan sindiket menyamar sebagai pegawai bank, polis, mahkamah atau agensi kerajaan bagi memperdaya mangsa menyerahkan maklumat peribadi dan kewangan. Amaran itu dikeluarkan susulan peningkatan laporan berkaitan penipuan telefon yang melibatkan ugutan, dakwaan […]
Inisiatif PPS Diperkukuh: Pendekatan Smart Enforcement Lindungi Sekolah dan Cegah Gejala Awal

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2026. Kerajaan memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan institusi pendidikan menerusi pelaksanaan inisiatif Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), satu pendekatan Smart Enforcement yang digerakkan secara bersama oleh Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan persekitaran sekolah kekal selamat, kondusif dan sejahtera. Inisiatif ini menumpukan pencegahan berasaskan bimbingan, dengan kehadiran […]
Titah YDPA Sultan Ibrahim Sultan Iskandar – Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Tidak Boleh Dipinggirkan

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2026. Titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan syarat pengiktirafan sistem pendidikan lain disifatkan sebagai penegasan yang memberi kesan langsung kepada perbahasan lama mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), sekali gus mencetuskan reaksi politik dan awam yang meluas. Pemberi maklumat terkenal, Albert Tei, mendakwa titah Sultan Ibrahim […]
Najib Akui RM42 Juta Bukan Derma Saudi, Pengakuan Dibuat di Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2026. Bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan derma Saudi, berdasarkan pengetahuan yang diperolehnya kemudian. Pengakuan itu dibuat ketika beliau memberi keterangan di bawah pemeriksaan balas oleh peguam SRC International, Kwan […]
Dong Zong Mohon Penjelasan Dasar BM dan Sejarah, Tegaskan Komitmen Perlembagaan dan Prestasi Pelajar

Kredit Image: Dong Zhong – Gambar Fail PETALING JAYA, 22 Januari 2026. Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zong meminta penjelasan lanjut berhubung kenyataan Perdana Menteri bahawa semua sekolah di Malaysia diwajibkan menawarkan Bahasa Melayu dan Sejarah selaras dengan kurikulum kebangsaan, bagi memastikan pelaksanaannya jelas dan konsisten. Pengerusinya, Tan Yew Sing, berkata […]
NSRC 997 Kini Di Bawah PDRM Sepenuhnya, Aduan Penipuan Direkod Automatik dan Akaun Dibeku Lebih Pantas

PUTRAJAYA, 21 Januari 2026. Pusat Respons Penipuan Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) kini ditempatkan sepenuhnya di bawah pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa serta-merta, sebagai langkah strategik memperkukuh tindak balas terhadap jenayah penipuan kewangan dalam talian yang semakin berleluasa. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa penstrukturan semula ini mengekalkan talian […]
Prasekolah Usia 5 Tahun, Darjah 1 Umur 6 Tahun Mulai 2027, Ujian Darjah 4 Diperkenal Tahun Ini

PUTRAJAYA, 21 Januari 2021. Kerajaan mengumumkan penetapan baharu umur kemasukan prasekolah dan sekolah rendah, dengan kanak-kanak akan memasuki prasekolah pada usia lima tahun dan Darjah 1 pada usia enam tahun bermula tahun 2027, sebagai sebahagian daripada pembaharuan besar sistem pendidikan negara. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata langkah itu bertujuan memperkukuh asas literasi, numerasi dan perkembangan […]