ASEAN Cadang Mesyuarat Tahunan Bersama Menteri Luar dan Ekonomi Bagi Perkukuh Dasar Serantau

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2025 Menteri-menteri Luar dan Ekonomi ASEAN bersetuju mencadangkan agar Mesyuarat Bersama Menteri Luar dan Menteri Ekonomi ASEAN (AMM-AEM) dijadikan platform tahunan tetap bagi memperkukuh penyelarasan dasar luar dan ekonomi serantau menjelang setiap Sidang Kemuncak ASEAN. Cadangan tersebut diumumkan menerusi Kenyataan Pengerusi (Chairman’s Statement) yang dikeluarkan selepas mesyuarat AMM-AEM yang diadakan di […]
ASEAN: Putin Sah Tidak Hadir Sidang ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur. Anwar Sahkan Timbalan Perdana Menteri Rusia Akan Gantikan

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2025 Presiden Rusia, Vladimir Putin, disahkan tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur minggu hadapan. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media khas malam tadi, sekali gus menamatkan spekulasi berhari-hari mengenai kehadiran pemimpin Rusia itu ke Malaysia. Menurut Anwar, […]
ASEAN: Perdana Menteri India, Narendra Modi, Hadir Sidang ASEAN ke-47 Secara Maya Kerana Deepavali, Sahkan PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2025 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri India, Narendra Modi, tidak akan hadir secara fizikal ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Oktober 2025. Sebaliknya, Modi akan menyertai persidangan secara atas talian berikutan perayaan Deepavali yang […]
ASEAN: Sidang ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur: Fokus Pada Keselamatan Ekonomi dan Perdagangan Serantau di Tengah Ketegangan Global

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2025 Kuala Lumpur bakal menjadi pusat perhatian dunia apabila pemimpin-pemimpin ASEAN berhimpun minggu ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang dijangka menumpukan perbincangan terhadap kerjasama perdagangan, pelaburan dan keselamatan ekonomi serantau di tengah-tengah suasana geopolitik global yang semakin mencabar. Sidang kali ini bukan sekadar pertemuan diplomatik, tetapi dianggap titik […]
Global Sumud Flotilla: Malaysia dan ASEAN Didesak Nyatakan Sokongan Tegas Bagi Buka Koridor Laut ke Gaza

Kuala Lumpur, 30/09/2025 Krisis kemanusiaan di Gaza kembali mendapat perhatian dunia selepas misi Global Sumud Flotilla tetap diteruskan meskipun berdepan kerosakan teknikal, tekanan diplomatik daripada Itali dan penolakan bantuan perlindungan oleh Frontex. Isu ini mencetuskan gesaan agar negara-negara ASEAN, termasuk Malaysia, mengambil pendirian lebih tegas dalam menyokong usaha antarabangsa untuk membuka koridor laut rasmi bagi […]
Anwar Pertahan Jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Dikatakan Sebagai Salah Satu Medium Diplomasi Strategik di Tengah Isu Gaza

Petaling Jaya, 29/09/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil mempertahankan keputusan kerajaan menjemput Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan, meskipun timbul bantahan daripada beberapa pihak termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar menegaskan Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik untuk menyuarakan kebimbangan mengenai […]
ASEAN–UK Kukuhkan Kerjasama Ekonomi: Perdagangan Dua Hala Cecah USD 38.8 Bilion

Kuala Lumpur, 27/09/2025 Mesyuarat Konsultasi ASEAN–United Kingdom (UK) ke-5 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, baru-baru ini menyaksikan komitmen baharu untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua rantau. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri […]
ASEAN dan Jepun Kukuhkan Hubungan Ekonomi Bernilai USD236.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 25/09/2025 Konsultasi ke-31 antara Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) membuka tirai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan penegasan semula komitmen untuk memperkukuh hubungan ekonomi yang telah berusia lebih lima dekad. Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi AEM menegaskan bahawa Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi mesyuarat […]
ASEAN: MASEAN Tandatangani Perjanjian Persaingan Rangka (AFAC) di Kuala Lumpur: Satu Langkah Bersejarah Bagi Membina Pasaran Adil dan Telus

KUALA LUMPUR, 24/09/2025 ASEAN melakar sejarah baharu apabila Perjanjian Persaingan Rangka ASEAN (ASEAN Framework Agreement on Competition, AFAC) ditandatangani secara rasmi pada Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Majlis yang disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama […]
ASEAN: Malaysia Dijangka Capai 15 Daripada 18 PED Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Oktober

KUALA LUMPUR, 23/09/2025 Malaysia menyatakan keyakinan tinggi bahawa sebanyak 15 daripada 18 Priority Economic Deliverables (PED) akan tercapai menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini. Kenyataan itu dibuat oleh Mastura Ahmad Mustafa, Timbalan Setiausaha-Agung (Perdagangan) Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI), dalam sidang media selepas mesyuarat Preparatory Senior Economic Officials’ Meeting (Prep-SEOM) di Pusat […]