PRN Sabah Beri Keputusan Mengejutkan: DAP ‘Tumbang’ di Semua 8 Kerusi

SABAH, 30 November 2025 Keputusan PRN Sabah ke-17 malam ini mencetuskan kejutan besar apabila DAP tewas di semua lapan kerusi yang ditandinginya, termasuk beberapa kawasan bandar yang pernah dianggap kubu kuat parti itu. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengumumkan bahawa beliau mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan tersebut dan menghormati sepenuhnya keputusan pengundi. Keputusan […]

EV Bergaya Retro Harga ‘Diluar Jangka’, iCaur V23 Dilancar Di Malaysia

  Kuala Lumpur, 30 November 2025 Malaysia menyaksikan satu lagi kemunculan penting dalam pasaran kenderaan elektrik apabila iCaur V23, sebuah SUV elektrik bergaya retro dengan kemampuan off-road, dilancarkan secara rasmi pada harga serendah RM119,800. Model ini bukan sahaja menembusi segmen 4×4 kompak, malah menggegarkan pasaran dengan harga jauh lebih rendah berbanding Suzuki Jimny walaupun menawarkan […]

CCTV Hilang, Telefon Dipadam, Tangkapan Bersenjata: Penahanan Albert Tei Undang Persoalan Besar Integriti MACC

Kuala Lumpur, 29 November 2025. Penahanan ahli perniagaan, Albert Tei, di kediamannya di Puchong baru-baru ini mencetuskan kontroversi besar selepas isterinya mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) memecah masuk rumah, memadam kandungan telefon keluarga dan mengambil sistem rakaman CCTV sebelum Tei dibawa pergi oleh sekumpulan pegawai bertopeng serta bersenjata. MACC menafikan dakwaan mengacukan senjata, […]

3.5 Bilion Akaun WhatsApp ‘Exposed’- Risiko Privasi Skala Global

KUALA LUMPUR, 29 November 2025   Sebuah kajian oleh penyelidik dari University of Vienna dan SBA Research di Austria mendedahkan bahawa lebih daripada 3.5 bilion akaun pengguna WhatsApp telah dikenalpasti melalui kelemahan sistem “contact discovery” aplikasi itu, membuka ruang yang besar kepada risiko pendedahan maklumat peribadi secara berleluasa. WhatsApp, yang dimiliki oleh Meta Platforms, membolehkan […]

Gegaran Akhir 2025: Nidji & Bunkface Bersatu Pentas di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 28 November 2025 Dua kugiran legenda, Nidji dari Indonesia dan Bunkface dari Malaysia bakal kembali menggamatkan pentas apabila dilaporkan akan berkongsi pentas pada 21 Disember 2025 di Megastar Arena, Kuala Lumpur menerusi acara Nusa Fest Presents: Nidji x Bunkface. Persatuan dua nama besar ini menjadi sorotan utama peminat muzik Nusantara dan dijangka mencetuskan […]

Kerajaan Janji Selaraskan e-Invois dan SST

  SANDAKAN, 28 November 2025. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan penyelarasan menyeluruh terhadap pelaksanaan sistem e-Invois dan cukai jualan serta perkhidmatan (SST) bagi meringankan beban syarikat kecil, khususnya perusahaan mikro dan kecil, yang menghadapi kesukaran mematuhi syarat semasa. Pernyataan itu dibuat pada Majlis Ramah Mesra dan […]

Coway Malaysia Dinobat Penerima Anugerah Persijilan Produk SIRIM QAS International – “Kualiti dan Kesejahteraan Melalui Inovasi AI””

KUALA LUMPUR 27 November 2025 Dalam majlis gemilang Majlis SIRIM Industri 2025 yang berlangsung pada 19 November 2025, syarikat Coway Malaysia telah menerima “Product Certification Award” yang disahkan oleh SIRIM QAS International sebagai pengiktirafan kepada komitmen kukuh syarikat dalam inovasi, keselamatan dan kualiti bertaraf dunia. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Amar Haji Fadillah Haji […]

SIARAN MEDIA – AMARAN!! Ribut Tropika Senyar — Fenomena Pertama Dari Selat Melaka

  Kuala Lumpur, 27 November 2025 Untuk pertama kalinya dalam sejarah meteorologi Malaysia, sebuah sistem tekanan rendah di Selat Melaka telah berkembang menjadi ribut tropika, dinamakan Ribut Tropika Senyar. Sistem cuaca luar biasa ini dikesan pada latitud 4.5° Utara dan longitud 97.9° Timur, dan dijangka membawa hujan lebat, angin kencang dan lautan bergelora ke pantai […]

Mahkamah Singapura Benarkan Tuntutan RM11.1 Bilion Terhadap Standard Chartered Bank Berhubung Skandal 1Malaysia Development Berhad

  SINGAPURA, 27 November 2025 Mahkamah Tinggi Singapura pada 24 November 2025 telah menolak permohonan Standard Chartered Bank untuk membatalkan tuntutan bernilai AS$2.7 bilion (kira-kira RM11.1 bilion) yang difailkan oleh pelantar (liquidators) entiti-entiti berkaitan 1MDB, membolehkan tindakan undang-undang itu diteruskan dan menandakan satu kejayaan undang-undang penting dalam usaha menyita aset dan mengembalikan dana yang diseleweng […]