Pentagon Sahkan Tiga Anggota Tentera AS Terbunuh dalam Operasi Bersama AS Israel di Iran, Harga Minyak Dunia Melonjak

Iran, 2/3/2026 Pentagon melalui Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Ahad mengesahkan tiga anggota perkhidmatan tentera Amerika terbunuh dan lima lagi cedera parah dalam kempen ketenteraan yang dinamakan Operasi Epic Fury, iaitu serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran yang bermula sehari sebelumnya. Dalam kenyataan rasmi, CENTCOM memaklumkan operasi tempur utama masih diteruskan dan […]

Saksi Dakwa Beg RM1 Juta Diserah kepada Guan Eng dalam Kereta, Peguam Pertahan Tuduhan Tidak Masuk Akal

KUALA LUMPUR 2/3/2026 Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa seorang ahli perniagaan mendakwa beliau menyerahkan sebuah beg berisi wang tunai RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam satu pertemuan kira-kira sembilan tahun lalu, berkaitan projek terowong dasar laut negeri itu. Saksi pendakwaan, G Gnanaraja, memberitahu mahkamah bahawa pertemuan tersebut berlaku […]

TB Cecah 3,161 Kes, Bazar Ramadan Kuala Lumpur dan Selangor Kekal Sesak Tanpa Pelitup Muka

Kuala Lumpur, 1/3/2026 Lebih 3,161 kes batuk kering atau tuberkulosis direkodkan di Malaysia setakat ini, namun suasana di bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tetap meriah dengan ribuan pengunjung berhimpun setiap petang bagi mendapatkan juadah berbuka puasa. Tinjauan mendapati tahap pemakaian pelitup muka dalam kalangan peniaga dan pembeli masih rendah walaupun kes jangkitan menunjukkan […]

Pendekatan Mendidik Dicadang Tangani Kes Pijak al-Quran, Menteri Berdepan Kecaman Netizen

KUALA LUMPUR, 28/2/2026 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan, menegaskan bahawa pendekatan mendidik wajar dilaksanakan dalam menangani insiden memijak al-Quran yang tular di platform media sosial Thread semalam. Kenyataan beliau itu bagaimanapun mencetuskan kecaman hebat dalam kalangan netizen yang menganggap pendirian tersebut terlalu lemah terhadap perbuatan menghina agama. Menurut […]

LHDN Ingatkan Tentang Dua Risiko Penting: Risiko Sekatan Perjalanan DiSekat dan Risiko Scammer

KUALA LUMPUR, 27/2/2026 Pembayar cukai yang gagal mengemukakan e-Filing atau menjelaskan bayaran cukai dalam tempoh ditetapkan berdepan risiko penalti serta tindakan penguatkuasaan termasuk sekatan perjalanan, apabila musim e-Filing bagi Tahun Taksiran 2025 bermula pada 1 Mac 2026. Pegawai Jabatan Perkhidmatan Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Nur Azureen Ismail, berkata orang ramai perlu membuat persediaan […]

Jeratan ‘Belajar Pelaburan Percuma’ Ragut RM1.2 Juta, Polis Siasat di Bawah Seksyen 420

KUALA LUMPUR 26/2/2026 Niat seorang kontraktor tempatan berusia pertengahan 60-an untuk menimba ilmu pelaburan saham secara percuma berakhir dengan kerugian RM1.2 juta selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada 13 Februari 2026, mangsa mula tertarik dengan satu iklan “kelas […]

JSJK Beri Amaran Pautan Palsu ‘Berbuka Puasa Percuma’, Walaupun Tiada Laporan Diterima Setakat Ini

KUALA LUMPUR 26/2/2026 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesahkan bahawa setakat ini tiada laporan polis diterima yang secara khusus berkaitan pautan penipuan jemputan berbuka puasa percuma seperti yang tular di media sosial. Namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa taktik tersebut berpotensi digunakan oleh sindiket bagi mendapatkan maklumat peribadi dan perbankan orang ramai. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah […]

TV AlHijrah dan Penduduk Danau Kota Anjur Program Bubur Lambuk, Perkukuh Perpaduan Ramadan

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2026 Persatuan Penduduk Taman Danau Kota dengan kerjasama TV AlHijrah hari ini menganjurkan program memasak dan pengagihan bubur lambuk di Pusat Aktiviti Persatuan atau Kabin di Jalan 12/23B, Taman Danau Kota 23B, sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan yang memfokuskan kepada penyatuan komuniti setempat. Aktiviti memasak dijadual bermula seawal jam 8.00 pagi […]

Desakan RCI Isu “Mafia Korporat” Naik Ke Kabinet, Ujian Besar Terhadap Integriti Tadbir Urus Negara

KUALA LUMPUR 25/2/2026 Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung dakwaan kewujudan “mafia korporat” kini berada di peringkat Kabinet selepas dibangkitkan dalam mesyuarat terbaru Jemaah Menteri. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengesahkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dan akan terus diperjuangkan sebagai pendirian parti. Perkembangan ini membawa isu tersebut daripada polemik politik kepada pertimbangan institusi tertinggi kerajaan. […]

Stadium Titiwangsa Diisytihar “Home of Sepak Takraw” Selepas Kejayaan Gemilang Malaysia 2025

  KUALA LUMPUR 24/2/2026 Kejayaan cemerlang Malaysia dalam sukan sepak takraw sepanjang tahun 2025 kini diterjemahkan kepada komitmen jangka panjang apabila Stadium Titiwangsa secara rasmi diisytiharkan sebagai “Home of Sepak Takraw”. Pengumuman itu dibuat susulan pencapaian membanggakan skuad negara yang muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia pada Mei 2025 di Stadium Titiwangsa sendiri, sebelum […]