Merokok di Tempat Awam

Johor, 16/2/2025
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, YB Ling Tian Soon berkata ““Orang awam yang jumpa perokok di kawasan tidak dibenarkan, termasuk restoran atau kedai makan, mereka boleh ambil gambar dan rakam video, kemudian lapor kepada Pejabat Kesihatan Daerah,” Beliau juga menambah, katanya “Kita akan ambil tindakan tegas berhubung perkara ini kerana ia membabitkan aspek kesihatan awam.” Kenyataan ini dikeluarkannya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Lima Fasiliti Baharu Semperna Ulang Tahun ke-6 Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, di Johor Bahru, semalam.

Oktober tahun lalu Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengeluarkan sebanyak 9,799 notis kesalahan merokok dengan nilai kompaun sebanyak RM2.36juta. Manakala lebih 8,000 premis diseluruh negara diberikan amaran kerana melanggar Akta 852.

Sementara itu di negara jiran Singapura, kamera-kamera terma (thermal camera) pengesan haba canggih digunakan bagi mengesan objek yang mengeluarkan haba tinggi dan merakam imej orang yang sedang merokok. Singapura juga melaksanakan undang-undang antitembakau yang ketat dan melarang merokok di kebanyakan tempat awam serta mengenakan denda sehingga $2,000 jika ditangkap merokok.

#PrezCom