Universiti Kebangsaan Malaysia

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan gelaran Darjah Setia Bakti Negara Negeri Sembilan (DBNS) yang dikurnikan kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Mohd Ekhwan Toriman pada 14 januari 2019 itu ditarik balik dengan serta merta.

Prof Dr. Mohd Ekhwan Toriman adalah bekas Naib Canselor UKM ke -12 dan merupakan alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor UKM. Pada 2 Februari 2025, Mohd Ekhwan mengumumkan beliau meletakan jawatan atas tuduhan fitnah dan tomahan yang dilemparkan ke atasnya dan pada 12 Februari 2025, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Darjah kebesaran yang diberikan oleh Beliau ditarik balik serta-merta bertujuan untuk menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan.

Prof Dr. Mohd Ekhwan Toriman sempat merakamkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir atas peluang yang diberikan bagi menerajui UKM sebelum ini.

Terdahulu sebelum ini pihak polis telah mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung dakwaan fitnah dan tomahan yang dilontarkan kepada Mohd Ekhwan dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Sumber: BERNAMA

#PrezCom