Pengawal Perairan Malaysia (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).

12/2/2025, Kuala Lumpur

Pertahanan dan penguatkuasaan perairan laut Malaysia akan terus diperkasa dengan pemilikan baharu Kapal Multi Purpose Mission Ship (MPSM) buatan Türkiye untuk kegunaan Pengawal Perairan Malaysia (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).

Kerajaan MADANI dilihat terus mempergiat usaha menangani cabaran dan keselamatan maritim negara dengan keputusan terbaharu yang disempurnakan didalam Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia yang diwakili oleh Keuta Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman dan negara Türkiye yang diwakili oleh Pengerusi Desan Shipyard Cenk Ismail Kaptanoglu di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam dan yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan.

Isu kapal dilihat agak sensetif kerana terdahulu sebelum ini kes projek pembangunan kapal peronda generasi kedua Littoral Combat Ship (LCS), Tentera Laut DiRaja Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mendapat perhatian media apabila terpalit isu rasuah berprofil tinggi yang kini berakhir dengan haluan kos projek LCS dinaikkan sebanyak 24.4 peratus iaitu daripada RM 9 billion kepada RM11.2billion walaupun bilangan kapal dikurangkan kepada lima buah sahaja.

#PrezCom