Rakyat Malaysia Perlu Berhati-Hati Dengan Penyakit Human Metapneumovirus (HMPV)
Seluruh negara di rantau Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Jepun dapat merasai kemungkinan HMPV boleh merebak dengan pantas sekiranya ia tidak dipantau dengan rapi.

Kuala Lumpur, 5 Dec 2025, 9.00 malam – Human metapneumovirus (HMPV) merupakan penyakit yang memgakibatkan radang paru-paru telah melonjak dengan ketara hingga memberi tekanan kepada kemudahan kesihatan terutama di negara China. Peningkatan kes jangkitan pernafasan ini bukan sahaja membimbangkan negara tersebut, malah seluruh negara di rantau Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Jepun dapat merasai kemungkinan HMPV boleh merebak dengan pantas sekiranya ia tidak dipantau dengan rapi.

HMPV telah menyebabkan kegusaran kepada masyarakat dunia kerana ia juga boleh menyebabkan komplikasi seperti bronkitis atau radang paru-paru terutamanya dalam kalangan kumpulan yang berisiko seperti kanak-kanak dan orang tua.

Masalah berkaitan pernafasan termasuk HMPV, influenza A dan Mycoplasma pneumoniae telah meningkat dengan begitu mendadak di Beijing China namun, pihak berkuasa negara tersebut telah mengesahkan bahawa keadaan di sana adalah terkawal dan menasihati rakyat China dan para pelancong supaya tidak gusar kerana penyakit ini dikatakan kurang teruk berbanding Covid-19 dan hanya menular pada skala lebih kecil walaupun perkhabaran mengatakan keadaan huru hara dihospital Beijing akibat peningkatan luar biasa penyakit itu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Apa Nak Buat Jika Barang Pos Anda Hilang Atau Rosak Ketika Penghantaran Kurier?