Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Kedah telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Perkara itu di umumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Kedah anjuran Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKWD) dengan kerjasam Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bertempat di Masjid Al-A’la, Pekan Jirta Kedah.

Perlantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan yang sebelum ini yang disandang oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid dengan pelantikan ini ianya akan lebih mengukuhkan hubungan negeri Kedah dan kerajaan Persekutuan walaupun berbeza parti.

  1. Setakat ini antara ahli-ahli politik yang telah dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan di beberapa agensi kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) dengan kerajaan adalah:
  2. Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA): Abdul Azeez Abdul Rahim, (Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Kedah | Ahli Perlimen Baling)
  3. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA):Dato Dr. Asyrat Wajdi Dato Dusuki (Setiausaha Agung UMNO)
  4. Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA):Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Ketua Wanita UMNO / Ahli Parlimen Parit Sulung)
  5. Pengerusi FELCRA Berhad: Ahmad Jazlan Yaakub.
  6. Pengerusi Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM): Noor Amin Ahmad (PH-Ahli Parlimen Kangar)
  7. Pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd:Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Cik (PH-Ahli Parlimen Balik Pulau).
  8. Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM): Ahmad Sabki Yusof (Amanah)
  9. Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB): Datuk Husam bin Musa (Amanah-Pasir Mas)
  10. Pengerusi Tekun Nasional: Mohd Sany Hamzan (PH-Ahli Parlimen Hulu Langat)
  11. Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Syed Ibrahim Syed Noh (PKR)

#PrezCom