Mencari Kebenaran Mengenai Addendum Dari YDPA.

Kuala Lumpur, 8 Dec ,2024, 9.00 malam – BEKAS Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Harun, berkata, kuasa Agong meliputi , pengampunan, pengurangan hikuman termasuk tahanan rumah. Beliau menjelaskan secara terperinci bahawa hak istimewa Agong adalah mutlak dan tidak terikat dengan apa apa cadangan pengampunan. Apa yang penting kini adalah mendapatkan fakta yang benar mengenai hak istimewa YDPA.

Azhar berkata demikian sewaktu sesi membincangkan kuasa dan hak istimewa Yang Dipertuan Agong ( YDPA) di bawah Artikal 42 Perlembagaan Persekutuan dan kontroversi mengenai petition bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Isu yang berbangkit akhir-akhir ini adalah Kontroversi Addendum di dalam Petition Najib iaitu Afidavit yang didakwa wujudnya dokumen tahanan rumah yang diputuskan oleh kuasa YDPA. Persoalannya mengapa mahkamah menolak afidavit tersebut dan menganggap ianya hearsay tanpa menilai meritnya?

Menurut Azhar, Najib mempunyai hak untuk mengetahui keputusan penuh petisyen kerana petisyen tersebut adalah untuk raja dan ini bermakna hanya YDPA sahaja yang mempunyai belas kasihan ke atasnya.

#Prezcom