Malaysia mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa semalam (5/4/2023). Wisma Putera mengeluarkan kenyataan media didalam menyatakan bantahan diatas perbuatan yang menyalahi undang-undang, menghina dan mencabul hak asasi manusia. Sekurang-kurangnya 12 orang rakyat Palestin cedera dan ratusan lagi telah ditahan didalam pencerobohan ini.

Malaysia terus berdiri dengan solidariti yang kuat bersama rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk meminta rejim Israel dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab atas jenayah keji mereka, dan segera membebaskan semua tahanan Palestin.

#PrezCom
#FreePalestine